Sakan warga Pantai Timur balik raya! Makanan di kedai stesen minyak licin, cuma tinggal rak
BILA tiba musim perayaan, seperti biasa orang ramai terutama anak perantau akan berduyun-duyun pulang ke kampung halaman.
Kesesakan lebuh raya menjadi antara perkara wajib yang harus ditempuhi oleh semua pengguna sehingga mengambil masa lebih dari 10 jam, terutama jika mereka menghala ke arah Pantai Timur.
Tular di Threads apabila seorang pengguna lebuh raya ke Pantai Timur berkongsi keadaan di dalam kedai serbaneka di sebuah stesen minyak di mana rak barang kelihatan kosong gara-gara diserbu pengguna lebuh raya.
Dalam gambar tersebut makanan yang biasa dijual seperti roti, keropok dan makanan ringan lain langsung tidak kelihatan.

"Kami gerak pukul 3 pagi konon nak sahur di RnR. Sekali jem!
"Pukul 5.30 tak sempat sampai RnR, berhenti stesen minyak, sekali licin rak.
"Roti pun habis, mujur Maggi cup ada tinggal sikit lagi sisa," ujar pengguna tersebut sambil menasihatkan pengguna lain supaya membuat persediaan rapi sebelum memulakan perjalanan pulang ke kampung.
Di ruangan komen, ramai berkongsi perkara sama dan menasihati pengguna lebuh raya lain untuk membawa bekal makanan masing-masing, tidak bergantung kepada makanan dijual di sepanjang lebuh raya.
MENARIK DIBACA: [V] Riezman Khuzaimi 'telan' 12 biji telur sehari, hampir 30 tahun tak ambil gula
MENARIK DIBACA: Buntu lauk berbuka... Udang black pepper rangup ini boleh masuk 'list' menu hujung Ramadan
"Sebelum gerak singgahlah beli makanan ringan untuk sahur atau berbuka. Macam saya dah siap masak rendang.
"Saya memang dan 'ready' segala benda dalam kereta termasuk air wuduk.
"Licin! Tapi jangan buang sampah tepi jalan pula," antara komen netizen.
Terdahulu, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menjangkakan 3.49 juta kenderaan akan menggunakan lebuh raya di seluruh negara sempena Aidilfitri 2026, dengan aliran trafik ke Pantai Timur dijangka perlahan menjelang tengah malam Khamis dan waktu puncak.
