KUALI | Trending

Tersilap tarikh majlis akikah... Katerer kambing golek terharu dapat pelanggan baik, faham situasi

Lead Image

DALAM dunia perkhidmatan makanan, ketelitian dan pengurusan masa adalah perkara paling penting bagi memastikan setiap majlis berjalan lancar. 

Begitu juga pengusaha katering yang berdepan jadual padat pada musim tertentu seperti perayaan dan cuti sekolah.

Seorang pengusaha katering berdepan detik cemas apabila terlepas pandang tarikh tempahan, sehingga hampir menjejaskan majlis akikah anak sulung pelanggan.

Perkongsian itu dibuat oleh Bako.co di Threads, yang juga pakar dalam menyediakan kambing panggang di Terengganu dan sekitar Pantai Timur.

Pengusaha katering bersyukur kerana pelanggan masih kekal tenang dalam keadaan genting.

Menurutnya, situasi berkenaan boleh diibaratkan sebagai mimpi ngeri bagi dirinya gara-gara masalah komunikasi. 

"Mimpi ngeri setiap pengusaha katering bila tersilap tarikh majlis pelanggan.

"Ya Allah betul, rasa macam mimpi ngeri, tersilap komunikasi dengan pelanggan. Pelanggan tempah majlis raya ketiga tapi tarikh pada 22 Mac 2026," kongsinya di Threads. 

MENARIK DIBACA: Mahu kuetiau ladna rasa manis beraroma? Rahsianya tambah buah laici dalam kuah

MENARIK DIBACA: Aizat Saha makan banyak, tak kira musim raya atau tidak... Stres berat badan susah naik

Sebagai pengusaha katering, katanya, dia sudah terbiasa mengingati majlis pelanggan berdasarkan turutan hari raya (pertama, kedua, ketiga dan seterusnya) bukannya tarikh sebenar sehinggalah berlaku kekeliruan pada kali ini.

Lebih mencemaskan, tempahan tersebut melibatkan pakej kambing golek akikah. 

"Masa dapat mesej, kambing ditempah masih beku lagi dalam peti dan majlis sepatutnya pada jam 11 pagi. Pada masa sama baru selesai susun atur majlis pelanggan lain. 

"Memang susah hati, rosak majlis pelanggan. Sudahlah akikah anak sulung. 

"Tapi Alhamdulillah dalam tempoh tiga jam selesai persediaan barang dan hantar kepada pelanggan," tulisnya lagi.

Lebih menyentuh hati, pengusaha katering itu berkata pelanggan berkenaan sangat baik dan tenang walaupun berdepan situasi tegang.

Katanya, disebabkan sikap baik pelanggan berkenaan juga membuatkan dirinya hampir menangis setiap kali terkenang situasi tersebut.

"Untuk pelanggan saya, terima kasih sebab sangat tenang dan baik. Lepas selesai majlis dia, walau dah minta maaf tapi masih lagi tak hilang rasa bersalah sampailah dapat mesej ni.

"Ya Allah rasa beban atas bahu ni secara automatik ringan. Pengajaran untuk diri sendiri, kena lebih bersedia lepas ni," kongsinya. 

Mesej yang dimaksudkan pengusaha katering ini adalah ucapan terima kasih daripada pelanggan berkenaan yang memahami tentang salah faham yang berlaku dan dalam masa sama memuji kepantasan servis serta keenakan kambing golek yang ditempah.

Komen netizen.

Perkongsian ini mendapat perhatian warga maya yang menasihatkan pengusaha katering supaya lebih bersistematik dalam menerima tempahan pelanggan supaya peristiwa sama tidak berulang.

"Bahaya. Lepas ni memang kena rujuk tarikh bukan peristiwa sebab betul la tu kalau raya jatuh hari lain dah jadi beranjak jadi memang kena tengok tarikh.

"Sebab itu saya selalu ingatkan pelanggan berulang kali untuk kepastian. Kalau salah begini, boleh luruh jantung limpa dan paru-paru.

"Sama la kita, tapi terbalik situasi. Saya sampai rumah pelanggan sekali katanya majlis keesokan hari," antara komen warga maya. 

 

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Trending

Ramai pelik harga barang dapur murah sangat, diskaun 'gila-gila' - “Ada apa sebenarnya?”

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trending

Lemang kelamai cuma ada di Perak, 3 hari buat baru siap! Ketahui sejarah, keistimewaannya

Terhangat