KUALI | Trending

Ramai pelik harga barang dapur murah sangat, diskaun 'gila-gila' - “Ada apa sebenarnya?”

Lead Image

KEADAAN ekonomi dunia yang tidak stabil ketika ini dilihat mula memberi kesan terhadap harga barangan kegunaan harian, sekali gus memberi kesan kepada pengguna.

Terbaharu, kecoh di Threads apabila seorang individu mempersoalkan tentang harga bahan mentah seperti sayur sayuran dan barangan dapur yang dilihat ‘jatuh mendadak’ di pasaran.

Menurut individu itu, dia terkejut apabila mendapati harga bahan basah terutama sayur semakin murah, sama ada di pasar raya mahupun di pasar biasa.

“Maaf cakap tapi sebagai individu yang kerap beli barang dapur, kenapa harga bahan basah dan sayur makin turun terutama di pasar raya?

Tak mungkin promosi raya semata-mata. Ada apa-apa yang membimbangkan ke?” tulisnya.

Tambahnya lagi, antara perubahan ketara yang disedarinya termasuklah harga cili api yang sebelum ini mencecah RM29 sekilogram tetapi kini turun mendadak.

MENARIK DIBACA:Buah tak rosak, tahan berbulan-bulan... Ini cara unik orang Afghanistan simpan anggur!

MENARIK DIBACA:5 makanan ini punca ekzema makin teruk, jika tak elak boleh menggaru sampai luka

Keadaan ini juga membuatkan ramai pengguna berasa bimbang sekiranya harga barang akan naik mendadak tidak lama lagi selepas mengalami kejatuhan.

Perkongsian itu menarik perhatian warga maya yang turut menyedari perkara sama ketika membeli-belah barang dapur.

Antara barang yang dijual murah berbanding hari biasa adalah beras 10kg (RM26), telur 30 biji (RM3.99), ayam segar (RM7.30/kg) dan sayur-sayuran.

"Giant yang tak pernah-pernah promo buat gila bermula 27 sampai 29 Mac. 40 peratus murah dari harga biasa. Saya seram sebab banyak dimomokkan dengan kenaikan harga lepas ni. 

"Saya stock up sayur ambil banyak tak sampai RM50 pun. Bawang, kentang semua bawah RM2 sekilo. Cili merah RM8.90 je sekilo, tomato dua biji besar baru 50 sen!

"Tak pernah-pernah ayam murah musim raya ni," antara komen netizen.

Dalam pada itu ada juga pengguna yang tampil memberikan pendapat mengenai situasi ini dengan mengaitkannya dengan krisis antarabangsa dan musim perayaan.

"Barang tak boleh eksport keluar. Telur ayam harga jatuh. Lambakan stok di pasaran.

"Mungkin tu semua stok menjelang Aidilfitri. Sekarang ni dah lepas seminggu raya dan stok berlebihan. Jadi peruncit akan cuba clear semua stok sebelum tarikh luput.

"Biasa kalau sayur tu overstock, pembekal akan jual dan bagi harga diskaun dekat supermarket untuk beli borong. Supermarket akan set harga murah.

"Tapi kalau tiba-tiba harga jadi naik maksudnya stok sayur tu limited/kurang," demikian antara pandangan warganet. 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Trending

Bunga, coklat dah biasa! Lelaki cari jodoh guna 'strategi' nanas, Musang King

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trending

Tersilap tarikh majlis akikah... Katerer kambing golek terharu dapat pelanggan baik, faham situasi

Terhangat