info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Dunia

Goreng sekali kulit, ada bawang dan rempah... Cekodok pisang versi India tular!

Lead Image

SELEPAS mencuri perhatian dengan hidangan gergasi nasi lemak ayam goreng berempah, pembuat konten masakan dari India Selatan, Villatic Foods tampil pula dengan sajian cekodok pisang versi istimewa.

Menerusi video yang dikongsikan, cekodok pisang yang dihasilkan kelihatan cukup berbeza dengan versi Malaysia, terutama dari segi bahan yang digunakan.

Di Malaysia, bahan yang digunakan adalah pisang yang dilenyek, tepung gandum, tepung beras, gula, garam dan air yang diadun dan digoreng dalam bentuk bulat.

Uniknya, pisang digoreng terlebih dahulu bersama kulitnya sebelum diadun dengan bahan adunan.

Resipi cekodok pisang oleh Villatic Foods pula menggunakan beberapa bahan tambahan lain seperti krim keju, hirisan bawang, cili, serbuk rempah dan serbuk cili untuk memberikan aroma dan rasa yang lebih 'mencengkam'.

Selain perbezaan bahan, cara mereka mengolah pisang juga menarik perhatian apabila ia digoreng terlebih dahulu, sebelum kulit dikupas dan digaul menjadi adunan.

Dalam video yang dikongsikan, pisang yang telah digoreng dan dikupas kulitnya dicampur bersama krim keju, tepung, hirisan bawang, cili, serbuk rempah dan serbuk cili.

Bancuhan kemudian dijadikan bentuk bebola dan digoreng sehingga warna keemasan.

MENARIK DIBACA: Ramai kagum lihat kegigihan 'content creator' India masak nasi lemak - "Terbaik aku pernah tengok"

MENARIK DIBACA: Influencer kongsi resipi pelik warisan keluarga! Masak ayam dalam Coke, hasilnya enak

Hasilnya kelihatan tidak jauh beza dengan versi Malaysia, rasanya manis, pedas dan berempah yang pasti tidak ditemui di sini.

Perkongsian video itu sekali lagi menarik perhatian warga Malaysia yang meninggalkan pelbagai reaksi.

"Peliknya cekodok pisang dia.

"Goreng pisang dengan kulit? Arghhhh!!!

"Cucur pisang bawang," komen beberapa pengguna media sosial.

Cekodok pisang versi dari India oleh Villatic Foods menggunakan bahan tambahan seperti serbuk rempah, cili dan hirisan bawang.

Terdaulu, Villatic Foods mencuri perhatian apabila menghasilkan nasi lemak dengan cara yang cukup teliti.

Menerusi video yang dimuat naik, mereka dilihat menyediakan setiap bahan nasi lemak dengan teliti bermula daripada nasi santan, sambal tumis, ayam goreng, ikan bilis, kacang goreng sehinggalah telur rebus dan hirisan timun.

Apa yang lebih menarik perhatian ramai adalah cara penyediaan makanan itu yang kemas, teratur dan bersih sepanjang proses memasak.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Pelanggan tak puas hati harga sajian ikan patin kukus lebih RM900, ini fakta anda perlu tahu

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Suami masak makaroni goreng 'crispy' untuk anak, isteri tengok terus sakit kepala

Terhangat