info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

Ramai tak kisah majlis kahwin buat waktu pagi... Jamu bihun dan teh O, sebelum Zuhur dah selesai

Lead Image

PASANGAN muda kini dilihat semakin cenderung memilih konsep majlis perkahwinan yang lebih ringkas, menjimatkan kos serta mudah diurus.

Jika dahulu majlis perkahwinan sinonim dengan hidangan berat waktu makan tengah hari seperti nasi minyak, gulai kawah dan aneka juadah sampingan di meja makan, kini ramai mula melakukannya dengan cara berbeza.

Seorang pemuda di laman Threads bertanyakan pandangan orang ramai mengenai idea majlis perkahwinan berkonsepkan sarapan pagi.

"Kalau buat kahwin konsep 'breakfast' boleh tak? Menu bihun goreng dengan teh O panas. Kalau nak ‘up' sikit tambah sandwic?" tulisnya.

Ringkas sahaja soalannya tapi hantarannya itu cukup untuk mencuri perhatian ramai netizen yang rata-ratanya terbuka dengan idea tersebut.

Di ruangan komen, warganet menyokong konsep ini kerana penganjuran majlis dianggap lebih mudah, jimat kos dan tidak terlalu rumit untuk diuruskan.

"Boleh je dik bagitahu siap-siap kenduri ni menu sarapan, jamuan sampai pukul 11 je 'highlight' besar-besar.

"Menarik juga tak renyah pun kan? Boleh buat bihun goreng Singapore dan bihun goreng biasa. Teh O dengan kopi O baru ngam," antara komen netizen.

MENARIK DIBACA:  Jangan langgar pantang larang ini masa goreng bendi! Barulah tak lembik, berlendir

MENARIK DIBACA: Cara buat roti jala guna sukatan cawan... Tekstur lembut, tak putus ketika 'dijala' di kuali

Ada juga yang mengaitkan perkara ini dengan perubahan zaman dan generasi.

"Sarapan atau 'hi-tea' memang idea yang bagus! Jimat kos dan masa juga, buatlah. Kita yang dah tua ni memang tak boleh buat macam ni dulu, yang muda patut mula dan ubah pandangan masyarakat.

"Saya percaya ibu bapa mungkin pada awalnya akan membantah tapi kalau kita boleh jelaskan dan tunjukkan manfaatnya kepada semua pihak, mereka pasti boleh terima InsyaAllah. Semoga berjaya dan semoga bahagia hingga ke jannah!

"Weh boleh, baguslah idea tu. Hari tu tengok dekat TikTok, di Borneo rasanya memang ada buat 'wedding breakfast'. Menu lebih kepada gaya sarapan, tak la bosan.

Antara komen di laman Threads.

"Mula dalam jam 9 hingga 10 pagi, lepas tu sebelum Zohor dah boleh habis. Memang 'best' gila tak kacau waktu solat itu yang penting," antara komen warganet.

Ada juga yang berkongsi pengalaman pernah menghadiri majlis di masjid dengan konsep jamuan ringan selepas akad nikah.

"Kawan saya pun konsep sama, buat majlis perkahwinan 'hi-tea' di masjid selepas akad nikah waktu Zuhur. Jamuan ringan seperti bihun Singapore, sandwic telur, kuih badak, karipap sardin, seri muka, koci, kopi O, teh tarik, ais bandung. Masa tu pada Disember 2019 sebelum Covid-19," kongsi salah seorang netizen.

Tidak kurang juga yang memberi pandangan berdasarkan pengalaman menguruskan majlis keluarga dengan mengatakan bahawa konsep makanan ringan atau ‘finger food’ lebih mudah dan disukai tetamu.

"Saya tambah idea 'dessert table' (lebihkan kuih-kuih talam Melayu dan makanan bergoreng) serta minuman panas.

"Saya kakak sulung yang menguruskan majlis perkahwinan adik-adik, berdasarkan pengalaman saya kalau buat 'finger food' orang akan lebih seronok. Contohnya kalau ada gerai goreng keropok lekor, mi sup utara/laksa dan cendol," kongsinya.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Dunia

Anak ular ditemui dalam makanan bantuan kerajaan cetus kebimbangan kumpulan penerima

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

[V] Dikecam salah sebut ‘roti canai’, peserta MasterChef kelahiran Malaysia mohon maaf

Terhangat