Wanita dipuji masak sedap setiap hari, siap hias cantik makanan - "Bukan suri rumah biasa ni"
TIADA yang lebih menggembirakan hati seorang wanita apabila dapat menghidangkan aneka hidangan lazat untuk keluarga tersayang.
Lebih menyentuh hati apabila setiap sentuhan masakan dipuji bukan sahaja oleh keluarga sendiri, tetapi juga orang lain.
Itulah perasaan seorang suri rumah setiap kali berkongsi masakannya dalam media sosial.
Menerusi akaun Threads milik individu bernama Yana Ali, ibu kepada enam cahaya mata itu kerap berkongsi foto-foto masakannya setiap hari di media sosial.

Bukan untuk menunjuk-nunjuk, tapi sekadar berkongsi minatnya terhadap bidang masakan.
Melihat gambar masakan yang dikongsikan sememangnya menggugat selera.
Malah cara hidangan juga ibarat sajian di restoran mewah..
Antara juadah yang menarik perhatian adalah hidangan mantao bersama ayam buttermilk yang disediakan untuk sarapan pagi.

"Mak-mak yang cantik, comel, bijak, rajin dan pandai semua. Buat sarapan pagi apa hari ini?
"Saya buat roti mantao dengan chicken buttermilk. Alhamdulillah," kongsinya.
Hantaran tersebut mendapat perhatian netizen apabila ramai memuji hidangan yang disediakan itu nampak begitu menyelerakan.
MENARIK DIBACA: Bubur sumsum nikmat makan dengan gula merah, senang sangat cara buatnya!
MENARIK DIBACA: Bosan masak lauk sama? Cuba buat karahi daging... Rasa pedas, masam berlemak
"Suri rumah pun hebat, menu semua sedap-sedap.
"Saya pun suri rumah juga, tapi awak sangat hebat sampaikan nasi kerabu pun buat sendiri.
"Sedap-sedap semua, 'presentation' pun cantik. Bukan suri rumah biasa ni," puji netizen.

Selain sarapan pagi, Yana juga dilihat rajin menghidangkan aneka juadah untuk makan tengah hari dan malam dengan masakan mengiurkan.
Antara hidangan yang mencuri perhatian termasuklah kari ikan, ketam masak lemak cili api, puyuh goreng, nasi kerabu, ayam bakar, nasi lemak, sambal sotong tak terkecuali masakan barat.
Sebagai pelengkap, setiap hidangan turut disertakan buah-buahan potong.

Dalam satu hantaran yang dikongsikan, wanita tersebut meluahkan rasa syukur kerana perkongsian air tangannya mendapat perhatian ramai sehinggakan dia sendiri tidak menang tangan untuk membalas satu persatu komen.
"Ya Allah terima kasih semua. Hampir pengsan saya hari ini nak jawab komen-komen," kongsinya.
Pada masa sama, Yana turut menyeru orang ramai untuk terus menyokong minatnya dalam masakan, bahkan sangat terbuka untuk netizen terus mengikutinya dalam media sosial.