Mahu sama macam ibu, lelaki dikecam 'demand' bakal isteri sediakan bekal - "Belum putus susu jangan kahwin"
PENYEDIAAN bekal makanan adalah perkara biasa bagi sesetengah keluarga, terutama apabila sejak kecil sudah terbiasa melihat ibu menyediakan makanan sebelum keluar bekerja atau ke sekolah.
Disebabkan itu, ada lelaki yang berharap rutin sama dapat diteruskan apabila dia sudah berkahwin nanti.
Seorang lelaki di Threads secara terbuka meminta bakal isterinya menyediakan bekal sarapan untuknya setiap hari.

“Mak bekalkan mi goreng pagi ni. To my future wife, please bekalkan saya breakfast setiap hari. Cekodok pun saya OK,” tulisnya.
Walaupun sekadar berkongsi keinginan, hantaran tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen.
Ada yang menganggap permintaan itu agak berlebihan atau ‘demand’ dan dia tidak sepatutnya membebankan tugas menyediakan makanan semata-mata kepada isteri.
Malah, ada yang menyindir lelaki berkenaan supaya belajar berdikari dan jangan memanjakan diri.
MENARIK DIBACA: "Gembira ke malu nak bawa?" - Lelaki kongsi perasaan makan bekal disediakan isteri di tempat kerja
MENARIK DIBACA: Budaya isteri bancuh air manis untuk suami baru balik kerja dipersoal, rupanya simbol kasih sayang
“Kalau belum putus susu jangan kahwin, dik.
“Kenapa 'wife' pula yang kena masak bekal? Awak ada tangan kan, boleh masak sendiri. Masakkan sekali untuk anak bini nanti.
“Kau lagi lama hidup dengan mak kau, kenapa kau masih nak isteri reti masak macam mak kau?” antara komen netizen.
Bagaimanapun di sebalik kritikan diterima, ramai juga yang tampil mempertahankan lelaki berkenaan.

Bagi mereka, tidak salah jika seseorang mempunyai kriteria tertentu dalam memilih pasangan, termasuk mahukan isteri yang rajin memasak.
Malah, ada yang menyifatkan permintaan untuk disediakan sarapan sebagai perkara kecil selagi kedua-dua pasangan bersetuju dan tidak menganggapnya sebagai kewajipan sebelah pihak sahaja.
“Tak faham kenapa ramai perempuan nak marah dia. Biarlah dia nak future wife yang bekalkan breakfast. Permintaan yang sangat minimal.
“Dia cakap dekat future wife dia. Korang tak termasuk, tak payah merentan boleh tak.”
“Yang merentan tu semua mesti tak reti masak sebab perempuan kalau betul pandai masak, diaorang akan volunteer masak untuk orang yang dia sayang,” komen netizen.