Bergelut nak berhenti merokok? Cuba buat minuman susu kayu manis, bantu kurangkan ketagih
RAMAI perokok sebenarnya mahu berhenti merokok, namun bukan mudah untuk melawan keinginan dan ketagihan nikotin.
Selain mendapatkan nasihat pakar dan mengamalkan gaya hidup sihat, ada juga beberapa petua tradisional yang dipercayai boleh membantu mengurangkan keinginan untuk merokok secara perlahan-lahan.
Antara yang sering diamalkan ialah minuman campuran susu, kayu manis, kunyit dan madu yang bukan sahaja enak diminum, malah mengandungi pelbagai khasiat untuk tubuh.
Gabungan bahan-bahan semula jadi ini dikatakan membantu menenangkan fikiran, menyingkirkan toksin dalam badan serta memberi rasa lebih nyaman sekali gus membantu mengawal keinginan untuk merokok.

Bahan-bahan
- 1 gelas susu
- 2 batang kayu manis
- 1 sudu kecil serbuk kunyit
- 1 sudu kecil madu
MENARIK DIBACA: Rider dakwa staf kedai serbaneka simbah kuah oden panas - "Dua kali jawab cara kasar"
MENARIK DIBACA: Aqasha handal masak ikan sichuan, belajar dengan ibu masa zaman bujang
Langkah penyediaan
- Campurkan kesemua bahan ke dalam periuk.
- Didihkan sehingga menggelegak.
- Biarkan minuman sejuk sedikit sebelum diminum.
- Amalkan minum setiap hari.

Khasiat minuman
- Kayu manis terkenal dengan aroma yang menenangkan dan boleh membantu memberi rasa lebih relaks kepada tubuh.
- Kunyit pula mengandungi bahan antioksidan semula jadi yang baik untuk membantu membersihkan tubuh daripada toksin.
- Madu membantu memberikan rasa manis semula jadi selain memberi tenaga, manakala susu pula menjadikan minuman ini lebih berkrim dan mengenyangkan.
- Walaupun petua ini boleh dijadikan amalan harian, ia bukanlah pengganti rawatan atau kaedah berhenti merokok yang disarankan pakar kesihatan.
- Individu yang ingin berhenti merokok digalakkan mendapatkan sokongan keluarga, mengamalkan gaya hidup sihat dan mendapatkan bantuan profesional jika perlu.