Tak semua daging korban sesuai dimasak sate, ini penjelasan cef
TERIMA saja daging korban, masing-masing, mula memikirkan menu apa untuk dimasak.
Mana tidaknya, bermacam sajian boleh dimasak seperti gulai, kari, kurma atau barbeku pun cukup sedap.
Kalau dibuat sate pun membangkitkan selera juga, lebih-lebih lagi daging kambing dan lembu memang sinonim dengan hidangan 'bakar-bakar'.
Memetik laporan portal Detik.com, cef berasal dari Indonesia dikenali sebagai Cef Stefu Santoso menjelaskan daging korban sebenarnya kurang sesuai untuk dijadikan sate.

Menurutnya, tekstur daging korban yang baru disembelih masih terlalu segar dan bersifat kenyal, sekali gus menyukarkan proses membakar.
“Daging korban sebenarnya tidak boleh terus dimasak. Sebabnya daging yang baru dipotong dikatakan masih terlalu segar, ia akan mempunyai tahap kekenyalan yang sangat tinggi,” katanya.
Menurutnya lagi, kesilapan utama adalah apabila daging korban terus digunakan untuk teknik membakar tanpa proses 'pelayuan' terlebih dahulu.
Tambahnya, teknik memasak daging cara bakar berbeza dengan teknik 'wet cooking' misalnya merebus atau mereneh dalam masakan berkuah.
MENARIK DIBACA: Selepas sate Kajang dan nasi ambeng, 6 lagi menu bakal diwarta Makanan Warisan Selangor
MENARIK DIBACA: Guru dipuji kreatif, gigih hasilkan 'daging' untuk simulasi korban - "Dah macam wagyu ni"
Ini kerana proses memasak perlahan dalam suhu sederhana membantu memecahkan serat daging, sekali gus menjadikannya lebih lembut dan mudah dimakan.
“Proses 'wet cooking' itu akan membuat daging menjadi lebih lembut. Serat-serat yang ada di dalam daging akan dihancurkan melalui proses masak yang cukup lama,” jelasnya.
Tiada masalah untuk masak jadikan sate, namun hasilnya berkemungkinan liat dan kurang enak dimakan.
Bagi daging kambing, tempoh yang disyorkan adalah sekitar 18 hari sebelum ia benar-benar sesuai untuk dimasak menggunakan teknik membakar.