Nasi ayam boleh dimasak tanpa air rebusan... Banyak cara alternatif, enak macam resipi biasa
NASI ayam sememangnya antara hidangan kegemaran ramai dan sering menjadi pilihan untuk dinikmati tanpa mengira masa.
Bagaimanapun di sebalik keenakan hidangan itu, cara penyediaannya sebenarnya berbeza mengikut resipi dan cita rasa masing-masing termasuk penggunaan bahan-bahan tertentu bagi menaikkan rasa nasi.
Seorang wanita di Facebook meminta pandangan warga maya mengenai penyediaan sajian tersebut tetapi tanpa menggunakan air rebusan ayam.
"Ada tak yang buat nasi ayam tapi tak guna air rebusan ayam?
"Kalau tak guna air rebusan ayam, biasanya semua ganti dengan apa ya?" soalnya.
Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang tampil berkongsi pandangan dan petua masing-masing dalam menghasilkan nasi ayam.

Sebahagian warga maya mengakui menggunakan air rebusan ayam sebagai bahan utama, namun ada juga memilih alternatif lain seperti kiub pati ayam.
"Saya kadang-kadang guna air rebusan ayam, kadang-kadang guna kiub pati ayam. Ikut selera masing-masinglah.
"Kalau ganti dengan kiub pati ayam rasa muak. Saya guna air rebusan ayam.
MENARIK DIBACA: 9 makanan tak rasa masin tapi tinggi kandungan garam, hampir setiap rumah ada simpan stok!
MENARIK DIBACA: Jagung kecut lepas direbus, rupanya ramai silap teknik! Ini pilihan tip, petua boleh dicuba
"Ada yang guna, ada tak guna. Kalau guna air rebusan ayam memang lebih sedap berbanding tak guna air rebusan. Jadi saya kisar halia, bawang merah dan bawang putih kemudian letak mandarin atau pati jagung.
"Dulu ada syarikat promosikan kursus nasi ayam guna planta, kiub ayam dan serbuk limau. Masa itu banyak kedai nasi ayam rasa lebih kurang sama malah warna nasi pun kuning seragam, saya tak minat. Saya lebih suka rasa asli ayam pada nasi. Perencah ayam sepatutnya menyerlahkan lagi rasa ayam bukannya menggantikan terus," kata beberapa netizen.

Selain itu, ada juga yang berkongsi teknik mendapatkan rasa nasi ayam lebih enak menggunakan lemak dan kulit ayam.
"Goreng kulit atau lemak ayam bersama halia, bawang putih, minyak bijan dan daun pandan kemudian reneh. Airnya digunakan untuk masak nasi ayam," kongsi seorang warganet.
Tidak kurang juga yang berkongsi resipi sambal sebagai pelengkap hidangan nasi ayam.
"Kami tak guna air rebusan ayam sebab ada yang tak makan ayam. Ada kawan ajar cara itu, tetap sedap. Dia juga ajar buat sambal lada guna buah sunkist.
"Kami guna sunquick untuk buat sambal memang sedap.
"Bawang putih jeruk satu labu bersama tiga atau empat sudu airnya, tomato, cili besar dan cili kecil ikut tahap kepedasan, sedikit cuka, garam, sedikit serbuk perasa, oren sunquick dan tak perlu gula kerana sunquick serta bawang jeruk sudah manis. Tak perlu dimasak dan boleh tahan berbulan-bulan jika disimpan dalam peti sejuk. Saya letak lebih kurang empat atau lima sudu sunquick tapi tiada sukatan tetap," komen netizen lagi.