info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Petua

'DIY' deodoran guna minyak, serbuk penaik dan tepung... Ketiak harum, kulit makin cerah

Lead Image

TAK sangka tiga bahan biasa yang ada di dapur boleh dijadikan deodoran malah membantu mengembalikan kebersihan dan kecerahan kulit ketiak. 

Hantaran seorang wanita di Threads mencuri perhatian ramai lebih-lebih lagi dalam kalangan warganet yang mencari penyelesaian kepada masalah ketiak berbau. 

Menurut perkongsian aftersunset__89, dirinya sudah hampir tiga bulan tidak membeli deodoran selepas mencuba membuatnya sendiri (DIY) menggunakan minyak kelapa, serbuk penaik dan tepung jagung.

Wanita ini berkongsi cara menghasilkan deodoran sendiri.

Kongsinya, bahan-bahan itu dicampurkan dalam satu bekas sebelum disapu terus pada bahagian ketiak dua kali sehari selepas mandi.

“Lebih tiga bulan tak beli deodoran. Buat sendiri je, dua sudu besar minyak kelapa, satu sudu besar serbuk penaik dan satu sudu besar tepung jagung.

MENARIK DIBACA: 7 'street food' terbaik Asia Tenggara, nasi lemak masuk senarai

MENARIK DIBACA: Nasi lemak ditukar nama kepada Nanyang Coconut Rice, netizen Malaysia lancar 'perang'

“Hasilnya, ketiak kembali harum, baju tak rosak dan lebih mengejutkan kulit tampak makin cerah,” kongsinya.

Bagaimanapun, dia mengakui penggunaan deodoran 'DIY' itu sedikit renyah kerana perlu menggunakan jari untuk menyapu campuran tersebut.

Badan bebas bau dapat meningkatkan keyakinan diri.

“Apabila mula guna deodoran 'DIY' memang kurang bau badan. 

"Saya cuma gunakan serbuk penaik biasa digunakan untuk membuat kuih," kongsinya lagi.

Perkongsian petua itu bagaimanapun tidak semestinya sesuai untuk semua orang kerana kulit setiap individu berbeza.

Baking soda bersifat alkali boleh menyebabkan kulit kering, pedih atau iritasi terutama pada bahagian ketiak sensitif.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Petua

Rempah tak masak, kari tak sempurna! Che Nom kongsi tip penting ketika menumis

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Petua

Minum air daun jambu batu bantu kawal gula dalam darah, baik untuk pesakit diabetes

Terhangat