5 cara rendahkan kandungan gula dalam nasi putih... Boleh makan tanpa risau
NASI putih sememangnya menjadi makanan ruji kebanyakan rakyat Malaysia.
Ada yang rasa tak lengkap hidupnya kalau tak makan nasi setiap hari.
Tapi di sebalik keenakannya, nasi putih sebenarnya mempunyai indeks glisemik (glukosa) tinggi yang akan menyebabkan paras gula dalam darah naik dengan cepat selepas ia dimakan.
Perkara ini perlu diberi perhatian oleh mereka yang menghidap diabetes atau berisiko mengalami masalah gula dalam darah.
Namun jangan risau, anda tak semestinya perlu berhenti makan nasi sepenuhnya kerana ada beberapa cara mudah untuk membantu mengurangkan kesan gula dalam nasi yang boleh diamalkan sehari-hari.
Berikut beberapa tip yang boleh dicuba:

1. Rendam beras
Ramai yang terus masak beras tanpa rendam dulu.
Sebenarnya, merendam beras boleh bantu mengurangkan kandungan kanji tertentu dalam nasi.
Ini menjadikan nasi lebih mudah dihadam dan boleh membantu mengurangkan kesan kenaikan gula dalam darah.

2. Sejukkan nasi
Nasi yang baru masak mempunyai kesan lebih cepat menaikkan gula dalam darah.
Tetapi jika nasi disejukkan beberapa jam selepas dimasak atau disimpan dalam peti sejuk sebelum dipanaskan semula ia akan membentuk 'pati tahan' yang lebih perlahan dicerna badan.
Ini membantu mengurangkan lonjakan gula selepas makan.
MENARIK DIBACA: Gulai ikan Kedah dipuji sedap, tak sama negeri lain... Orang utara dedah rempah rahsia, cara masak
MENARIK DIBACA: Chikuro cheese leleh jadi kegilaan! Ini cara buat sendiri... Tak payah beratur panjang, lebih jimat

3. Makan bersama protein, sayur
Cara makan juga memainkan peranan penting.
Jika nasi diambil bersama lauk berprotein seperti ayam, ikan, telur, tauhu atau tempe serta sayur-sayuran, ia boleh memperlahankan penyerapan gula dalam badan.
Hasilnya, paras gula lebih stabil.

4. Minyak kelapa
Ada juga yang menambah sedikit minyak kelapa semasa memasak nasi kerana dipercayai boleh mengubah struktur kanji dalam nasi menjadikannya lebih lambat dicerna.
Selepas masak, nasi boleh disejukkan seketika sebelum dimakan untuk kesan yang lebih baik.

5. Gabung dengan kekacang
Kekacang kaya dengan serat dan protein yang membantu melambatkan proses pencernaan karbohidrat serta menjaga kestabilan gula dalam darah.