KUALI | Sihat

Trend pedas ekstrem, jururawat dedah ada kes sampai jadi kanser - "Berhenti sekejap makan ayam gepuk tu"

Lead Image

MAKANAN pedas memang sedap tapi boleh mengundang pelbagai risiko serta penyakit jika tidak dikawal pengambilannya.

Seorang pengguna Threads tampil memberi teguran terhadap mereka yang gemar makan makanan pedas melampau termasuk ayam gepuk yang mempunyai banyak cili berserta bijinya.

Jelasnya, sebagai jururawat dia terkejut melihat semakin ramai golongan muda menghidap penyakit berkaitan sistem penghadaman sehingga memerlukan prosedur pembedahan dijalankan.

Makan pedas yang dipenuhi cili mengundang padah.

“Berhenti sekejap makan ayam-ayam gepuk tu.Kalau perasan cili-cili diletak tu ada biji-biji yang tak hancur dan pedas sangat.

Lately ni kedai ala Indonesia ni buka terlampau banyak. Ramai yang muda ni masuk wad sebab dah perforated ulcer (usus bocor), perforated appendicitis (appendiks pecah). Muda-muda lagi pula kena emergency operation,” katanya menerusi laman Threads.

Menurutnya, keadaan menjadi lebih membimbangkan apabila ada pesakit yang terpaksa menjalani pemeriksaan endoskopi berulang kali akibat masalah penghadaman yang semakin kronik.

“Ada kes yang berkembang daripada masalah appendiks hingga jadi malignan T. Last stage kanser pada usia muda sekitar 30 hingga 40-an,” jelasnya lagi.

MENARIK DIBACA:Kombinasi pedas, masam, berlemak... Daging dendeng batotok tak cukup sepinggan nasi

MENARIK DIBACA:Kajian buktikan makan pedas panjangkan hayat, kurangkan risiko kanser dan diabetes

Untuk info, ulser bocor merujuk kepada keadaan apabila ulser (luka) pada dinding perut atau usus menjadi semakin teruk hingga berlubang (bocor).

Manakala appendiks pecah berlaku apabila radang pada appendiks (usus kecil di bahagian kanan bawah perut) menjadi semakin teruk hingga pecah atau berlubang.

Perkongsian itu turut mengingatkan orang ramai agar lebih berhati-hati dalam memilih makanan dan tidak obses dengan makanan pedas sehingga memudaratkan kesihatan.

Di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan teguran tersebut malah ada yang turut menceritakan pengalaman pahit mereka mengalami masalah perut selepas kerap mengambil makanan pedas.

Selain nasi ayam gepuk, mi segera pedas juga antara penyebab kepada kesakitan perut.

Dalam masa sama, ada juga segelintir pengguna yang berpendapat selain gepuk, pengambilan mi segera pedas juga merupakan penyebab utama.

"Rasanya bukan sebab makan ayam gepuk. Mereka ni makan ramen yang pedas gila tu sampai masuk hospital sebab sakit perut melampau.

"Spicy food boleh increase inflammation gais kalau tinggi inflammation dalam badan senang sakit ya," antara komen netizen.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Sihat

Pasangan TTC perlu tahu bagaimana kafein mempengaruhi usaha dapat zuriat

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Sihat

7 jenis buah ini perlu dimakan pada waktu sesuai, khasiat terjejas jika main 'langgar'

Terhangat