Wanita mengaku berjaya kurus lepas ikut cara Dr Sheikh Muszaphar, tip 'peanut butter'-epal hijau kembali viral
TIP nak turunkan berat badan memang banyak dikongsikan di media sosial, cuma menjadi atau tidak sahaja bezanya.
Seorang wanita mendakwa dia pernah berjaya menurunkan berat badan dengan hanya mengamalkan makan mentega kacang (peanut butter) dan epal hijau, tip yang pernah dikongsikan oleh Angkasawan Negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor.
Menurut wanita itu yang dikenali sebagai Eika, cara tersebut mula diamalkannya selepas menonton video perkongsian doktor berkenaan sekitar 2021.
“Tahun 2021 ya video ni, tip kawal selera makan dan turunkan berat badan. Makan sesudu 'peanut butter' dengan epal hijau untuk tingkatkan metabolisme badan.

“Saya memang amalkan dulu dan betul senang turun berat badan. Marilah amalkan balik,” tulisnya di ruangan kapsyen hantaran itu.
Bersama perkongsian itu, Eika turut memuat naik semula video Dr Sheikh Muszaphar yang menerangkan manfaat pengambilan mentega kacang sebelum tidur.
Dalam video berkenaan, beliau berkata makan satu sudu mentega kacang setiap malam boleh membantu meningkatkan metabolisme badan ketika tidur.
Tambahnya lagi, manfaat tersebut dapat digandakan apabila dipadankan bersama potongan epal hijau.
"Cara terbaik untuk turunkan berat badan anda dengan makan mentega kacang sebelum tidur.
MENARIK DIBACA: Influencer kurus amal ‘lalapan platter’, bukti ulam-ulaman pun boleh turunkan berat badan
MENARIK DIBACA: Turun 15 kilogram selepas bersalin, pempengaruh Miyabell kongsi cara diet tanpa perlu berlapar
"Mentega kacang adalah lemak sihat iaitu lemak tak tepu yang boleh membantu meningkatkan metabolisme badan ketika tidur.
“Kombinasi epal hijau dengan mentega kacang adalah antara langkah terbaik untuk membantu menurunkan berat badan,” katanya.
Sebagai peringatan, untuk mendapatkan kesan yang lebih ketara, disarankan makan mentega kacang tanpa gula dan garam tambahan.
Selain itu, individu yang mempunyai alahan terhadap kacang turut dinasihatkan supaya tidak mengikuti tip ini.