info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Tip & Trik

'Blender' kuning jadi bersinar, bau hilang lepas jemur tengah panas - "Memang legit tip ni"

Lead Image

SATU perkongsian di Threads mencuri perhatian ramai apabila seorang wanita berkongsi cara mudah menghilangkan kesan kuning kunyit pada bekas pengisar dengan menggunakan cahaya matahari.

Menurut individu itu, dia pada awalnya cuma mahu mencuba tip yang dikongsi orang lain.

"Hari tu tengok tip cara nak hilangkan kuning kunyit kat 'blender', jemur bawah matahari terik. Hari ni saja la cuba lepas kisar kunyit buat masak lemak. 

"Tip kata jemur sejam. Aku buat empat jam jemur noh hilang semua kuning. Bau pun tak ada tak payah nak beriya menyental," kongsinya.

Jelasnya, sangat mengejutkan apabila kesan kuning kunyit terus hilang sepenuhnya tanpa perlu disental kuat malah bau yang melekat juga sudah tiada.

Wanita menjemur mesin pengisar di bawah cahaya matahari dan tidak menyangka kesan kuning itu hilang.

Individu lain turut berkongsi pengalaman sama dan mencadangkan kaedah tersebut bukan sahaja sesuai untuk mesin pengisar malah peralatan dapur lain.

"Bukan mesin pengsiar je. Apa saja senduk 'silicone', papan potong putih tu cuba la," kongsi salah seorang warganet

Seorang lagi wargamaya berkongsi pengalaman menggunakan bekas plastik lama yang sudah kekuningan dan berbau namun kembali bersih selepas diletakkan di tempat terkena pancaran cahaya matahari.

MENARIK DIBACA: Program makanan percuma bertukar tragedi, ratusan murid dikejarkan ke hospital lepas makan daging

MENARIK DIBACA: "Kalau boleh nak sejambak bayam" - Geng cikgu mengaku teruja dapat barang dapur hadiah Hari Guru

"Bekal saya dari kedai DIY, plastik. Dah lama pakai ingatkan nak buang sebab dah berwarna kuning dan bau pun 'semerbak' tapi tak apalah saya jadikan tempat letak kentang. 

"Jadi saya letak kat dapur, tempat tu terdedahlah sikit dengan cahaya matahari sebab depan tingkap. Bekal kecil sikit tak boleh nak tutup so biar je terbuka. Kemudian satu hari, kentang dah habis guna untuk masak, saya nak basuh bau pun tak ada, kuning pun tak ada... tak jadi nak buang, memang 'legit' tip ni," kongsinya.

Antara komen di laman Threads.

Di ruangan komen, tak kurang juga yang berkongsi kaedah alternatif lain seperti menggunakan sabun ketika mengisar atau campuran air dan garam.

"Saya tiap kali mesin pengisar yang ada kunyit, semasa basuh letak sabun dengan air, kisar jap, InsyaAllah tak kuning.

"Saya kisar air, garam hilang warna kunyit dan bau," antara komen netizen.

Menariknya, ada juga yang menyamakan tip ini dengan kaedah lama yang sering digunakan untuk menghilangkan kesan kotoran pada pakaian bayi.

"Tahu tak saya pun dapat tip ni daripada orang tua untuk baju bayi yang kena najis, basuh masih kuning-kuning. Jemur je baju kena panas hilang kuning-kuning," komen salah seorang netizen.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tip & Trik

Rupanya ada cerita kenapa nanas banyak 'mata', dijual tanpa potong tangkai

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tip & Trik

Cef kongsi SOP sebelum goreng ikan masin, kena rendam lama baru dapat rasa asli

Terhangat