Span hijau, kuning popular di singki dapur... Ada risiko jika salah penggunaan
GOLONGAN mak-mak memang sudah terbiasa menggunakan span basuh pinggan berwarna kuning hijau di dapur rumah.
Bagaimanapun, span yang sering dibiarkan dalam keadaan lembap sebenarnya boleh menjadi tempat mikroorganisma berkumpul dan membiak.
Seorang pengguna di Threads mendakwa keluarganya sudah berhenti menggunakan span jenis berkenaan selepas mengetahui risiko terhadap kesihatan.

“Keluarga aku terus berhenti guna span ni bila tahu boleh jadi punca keracunan makanan, lagi parah, boleh sampai ke komplikasi buah pinggang.
“Antara sebabnya, span ni sentiasa lembap, jadi ‘perfect home’ untuk bakteria macam Salmonella dan E. coli membiak.
“Lepas tu melekat di pinggan, sudu garfu pula, lepas tu masuk ke mulut anak-anak pula,” tulisnya.
MENARIK DIBACA: Geli ada tahi di telur ayam, tapi jangan sesekali basuh dulu sebelum simpan di peti sejuk!
MENARIK DIBACA: Tip simpan minyak masak, elak kualiti terjejas... Jernih bukan jaminan masih elok!
Dalam pada itu, individu itu turut menyarankan penggunaan span silikon atau jenis berjaring yang dikatakan lebih mudah kering dan selamat.
“Yang mana tanya nak pakai jenis mana tu, saya pakai jenis silikon. Sebab tak kandung air, mudah keringkan. Tapi tetap kena kerap tukar," kongsinya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat isu yang perlu diberi perhatian bukanlah warna atau bentuk span tersebut.

Sebaliknya, keadaan span yang sering dibiarkan lembap, terutama selepas digunakan boleh menyebabkan bakteria mudah berkumpul.
"“Jangan biarkan span berendam dalam air sabun lepas dah guna. Akan lagi banyak kuman bakteria.
“Jangan guna sampai berbulan-bulan, bertahun tak tukar.
"Saya tukar setiap minggu. Kalaulah tahu berapa banyak bakteria kat situ, mesti akan pakai buang je!" antara komen netizen.