KUALI | Nutrisi

Bakteria mudah membiak jika makanan anak terdedah lama, lelaki ini kongsi ‘rule of 3’ ramai ibu bapa tak tahu!

Lead Image

ANAK sedang membesar memerlukan nutrisi dan diet sihat bagi menyokong perkembangan fizikal serta mental mereka.

Selain memastikan makanan dimasak berkhasiat, cara penyimpanan juga memainkan peranan penting bagi mengelakkan makanan rosak atau tercemar tanpa disedari.

Perkongsian seorang lelaki dikenali sebagai Afham Fakhri di Threads menarik perhatian ramai apabila dia menjelaskan tentang kaedah mudah dikenali sebagai ‘Rule of 3’ dalam penyimpanan makanan dimasak buat anak.

Kongsinya, masih ramai ibu bapa tak tahu panduan asas itu walaupun penting bagi memastikan makanan anak kekal selamat dimakan.

“Kaedah ‘Rule of 3’ merujuk kepada tiga tempoh masa berbeza bergantung kepada cara penyimpanan makanan.

“Cara ini termasuk tiga jam makanan di atas meja, tiga hari dalam ‘chiller’ dan tiga bulan dalam sejuk beku,” tulisnya lanjut.

Bapa itu menjelaskan, bagi makanan dibiarkan pada suhu bilik tidak boleh terdedah terlalu lama kerana bakteria boleh membiak dengan cepat pada suhu antara 5 darjah celsius hingga 60 darjah celsius.

MENARIK DIBACA: Martabak cecah bawang jeruk 'dipersoal', peminat tegar mesti tahu memang dah lama wujud

MENARIK DIBACA: Puasa di udara lebih mencabar! Juruterbang kongsi tip sahur supaya kekal bertenaga

Keadaan itu juga dikenali sebagai zon bahaya.

“Jika makanan anak terbiar lebih daripada tiga jam di atas meja, risiko pencemaran bakteria akan meningkat walaupun secara fizikal kelihatan masih elok.

“Kalau nak simpan makanan untuk kemudian, ibu bapa disarankan letak di bahagian ‘chiller’ peti sejuk, tempoh penyimpanan selamat biasanya sekitar tiga hari.

“Selepas itu, nutrisi dalam makanan akan mula berkurang selain meningkatkan risiko pertumbuhan bakteria boleh jejas kesihatan anak,” tegasnya.

Bagi ibu bapa yang gemar menyediakan stok makanan seperti puri atau lauk bayi, makanan tersebut boleh disimpan di dalam bahagian sejuk beku maksimum tiga bulan.

Walaupun makanan mungkin masih boleh dimakan selepas tempoh itu, kualiti dan kandungan nutrisi biasanya sudah banyak berkurangan.

Afham turut menasihatkan ibu bapa supaya memeriksa tiga perkara penting sebelum memanaskan semula makanan anak iaitu rupa, bau dan rasa.

“Kalau warna makanan nampak pelik, terlalu berair atau berubah, sebaiknya tak diberikan kepada anak. Begitu juga jika bau berbeza daripada biasa.

“Sekiranya rupa dan bau masih normal, ibu bapa boleh rasa sikit dan jika rasa ganjil lebih baik makanan dibuang bagi mengelakkan risiko,” kongsinya.

Tambahnya lagi, terdapat beberapa tip tambahan yang sering terlepas pandang oleh ibu bapa ketika menyimpan makanan anak.

“Bahagikan makanan kepada bahagian kecil, melabel tarikh masakan serta mengelakkan memanaskan makanan berulang kali.

“Rule mudah, panaskan sekali dan habiskan sekali. Jika makanan anak sudah dipanaskan tetapi tidak habis, jangan simpan semula,” katanya.

Afham turut mengingatkan bahawa bekas penyimpanan makanan juga memainkan peranan penting dalam memastikan keselamatan makanan.

Ibu bapa disarankan menggunakan bekas BPA-free, bertutup rapat serta tahan suhu freezer dan ketuhar.

 

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Nutrisi

Selain kurma, ini 5 makanan hitam kaya antioksidan

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Nutrisi

Perut tak selesa, rasa kembung dan berangin… Ini beberapa makanan perlu dielakkan

Terhangat