Ada jenis 'manja', sederhana dan pedas berapi! Ini tip pilih cili kering berdasarkan bentuk, warna
CILI kering sering menjadi bahan wajib dalam masakan Melayu terutama untuk hidangan seperti sambal tumis.
Bagaimanapun setiap cili kering memberikan tahap kepedasan yang berbeza.
Ada yang pedas berapi dan ada juga yang rasanya pedas-pedas manja yang mana ia bergantung pada perbezaan fizikalnya.
Di Threads, seorang pengguna berkongsi cara untuk mengenal pasti tahap kepedasan cili kering sebelum digunakan dalam masakan, sangat sesuai terutama buat golongan mak-mak yang selalu memasak di rumah.
Jom Kuali kongsikan cara-caranya:

1. Cili kering kerinting
Biasanya dikatakan kurang pedas kerana teksturnya lebih kering dan kurang isi.
2. Cili kering gemuk
Sering dianggap tidak pedas, lebih lembut dan kurang ‘kick’ bila dimasak.
3. Cili kering berkilat
Antara yang paling ‘ditakuti’ kerana dikatakan sangat pedas dan boleh memberi rasa 'menyengat'.
4. Cili kering kurus
Biasanya pedas, sesuai untuk yang suka rasa sambal lebih kuat.
MENARIK DIBACA: Jangan buang air rebusan ikan! Wanita kongsi cara buat kolagen untuk kucing, boleh ganti 'wetfood'
MENARIK DIBACA: Kreativiti Sheila Rusly 'angkat' menu biasa ke tahap luar biasa dipuji - "Masak mi segera pun terliur"
Tip pilih cili kering di pasar:
- Elakkan cili yang lembap atau berkulat
- Pilih warna merah yang sekata dan nampak segar
- Bau cili juga penting kerana yang sudah lama biasanya kurang harum