Dah puas makan isi, kulitnya jangan dibuang... Ini cara buat baja daripada pangsa durian
MASUK sahaja musim durian, pasti ramai tak lepaskan peluang untuk borong raja buah ini sampai ada yang beli berbakul-bakul.
Namun sayangnya, selepas puas menikmati isinya, kulit durian selalunya dibuang begitu sahaja.
Tapi menerusi perkongsian seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Hafiz Husin, kulit durian boleh dijadikan sebagai baja organik cair atau dikenali sebagai baja jakaba.

Katanya, kaedah penyediaan baja ini bukan sahaja mudah, malah kesannya terbukti membantu menyuburkan tanaman kerana mengandungi zat perangsang tumbuhan (ZPT) yang tinggi.
"Lepas ni kalau beli mahal-mahal buah durian tu, jangan dibuang kulitnya. Sebenarnya kita boleh manfaatkan hingga ke kulitnya untuk dijadikan baja cecair jakaba pada tanaman.
MENARIK DIBACA: Ais krim laici ‘homemade’ buat ketagih, perah lemon sikit memang terangkat rasanya
MENARIK DIBACA: Macam lepak dekat kopitiam, AirAsia hidang menu baharu sempena bulan Kemerdekaan
"Paling mudah hasilkan baja secara DIY dengan hanya menggunakan dua bahan sahaja iaitu kulit durian dan air.
"Baja cecair organik jakaba dah terbukti berkesan menyuburkan tanaman disebabkan kandungan zat perangsang tumbuhan (ZPT) yang tinggi di dalamnya," tulisnya.

Bagi yang nak cuba hasilkan sendiri di rumah, berikut langkah-langkahnya:
- Rendam pangsa kulit durian dalam 30-40 liter air paip dalam bekas besar atau tong.
- Masukkan bata atau pemberat bagi memastikan kulit durian tenggelam sepenuhnya.
- Tutup tong, tetapi jangan terlalu rapat (biar ada pengudaraan).
- Peram selama empat minggu di tempat teduh.
- Selepas tempoh tersebut, baja cecair sedia untuk digunakan.
Cara penggunaan:
- Untuk siraman: Campurkan 40ml pati baja cecair bersama 1 liter air.
- Untuk semburan: Campurkan 20ml pati baja cecair bersama 1 liter air.