Bawang putih kisar bertukar hijau... Jangan panik, ini punca sebenarnya
PERNAH tak anda berdepan situasi bawang putih kisar tiba-tiba bertukar warna hijau selepas dibiarkan selama beberapa jam?
Walaupun selamat untuk digunakan, namun ramai memilih untuk membuangnya kerana menganggap bawang putih tersebut telah rosak selain bimbang akan mengalami sakit perut.
Ternyata, keadaan itu berlaku kerana disebabkan oleh tindak balas kimia kerana bawang putih mengandungi sulfur dan asid amino yang menghasilkan pigmen berwarna hijau apabila dikisar.
Selain itu, faktor suhu ekstrem (terlalu sejuk) dengan kelembapan terlalu tinggi turut mempengaruhi perubahan warna bawang putih yang dikisar.
Sebenarnya terdapat beberapa petua yang boleh anda amalkan supaya bawang kisar sentiasa segar tanpa berlaku perubahan warna.

1. Guna bawang segar
Elakkan bawang putih yang sudah lama disimpan atau bertunas.

2. Kisar dengan minyak
Kisar bawang putih dengan menggunakan sedikit minyak masak dan bukannya air biasa (paip) untuk tahan lebih lama dan kekal putih

Jangan kisar bawang putih bersama bawang merah kerana perbezaan kandungan air boleh mempercepatkan perubahan warna pada bawang.

4. Simpan tempat kering
Pastikan bawang putih disimpan di tempat kering dan tidak terdedah pada suhu ekstrem atau kelembapan terlalu tinggi.