Jangan terjebak pembelian panik! Wanita ini kongsi tip persediaan supaya tak membazir
DAKWAAN kononnya keadaan pasaran dan ekonomi dunia yang tidak menentu sejak kebelakangan ini menyebabkan masyarakat mula terjebak dengan pembelian panik.
Tindakan segelintir masyarakat membeli dan menyimpan barangan dapur melebihi keperluan boleh menyebabkan pembaziran wang dan makanan.
Isu ini menarik perhatian seorang pengguna Threads dikenali sebagai Muzaiba Hasan yang turut berkongsi tip praktikal untuk mengendalikan berkenaan.
Muzaiba yang juga pengasas kepada platform dekorasi, decomagicalkl menyarankan agar orang ramai jangan terlalu panik memulakan pembelian sebaliknya melakukan perlahan-lahan.

Berikut adalah saranan cara penyimpanan dan pembelian mengikut keperluan:
1.Guna konsep FIFO (First In, First Out) supaya barang dibeli lebih awal digunakan dulu.

2. Contoh mudah beras, simpan tiga hingga lima kampit sahaja. Untuk mengelak beras rosak boleh simpan dalam botol air.
3. Simpan barangan asas lain terutama kicap, garam, gula dan makanan dalam tin dan sedia di makan seperti sardin.
MENARIK DIBACA: Bakteria mudah membiak jika makanan anak terdedah lama, lelaki ini kongsi ‘rule of 3’ ramai ibu bapa tak tahu!
MENARIK DIBACA: Ketahui 5 tanda anda sedang amal diet ekstrem, risiko berat naik mendadak lepas raya
4. Pilih makanan mudah dimasak tanpa perlu menggunakan banyak minyak atau masa.
5. Belajar makan satu hari satu lauk untuk persediaan diri ketika berhadapan dengan bencana.

6. Bagi pemilihan minuman manis seperti kopi dan teh kena bijak memilih. Air mineral antara minuman wajib diutamakan dalam simpanan stok makanan dan minuman.
7. Jika berpeluang, beli dapur gas jenis travel kerana khuatir jika kehabisan gas mahupun harga meningkat naik.

8. Selain simpanan stok, penanaman sendiri di rumah boleh menjadi sumber makanan tambahan bila berlaku kekurangan barang di pasaran.
9. Mulakan bercucuk tanam dengan membeli perkakas diperlukan seperti tanah, pasu, biji benih dan baja di kedai jimat seperti Eco Shop.
10. Tanam sayur praktikal seperti bawang merah, bawang putih, kentang dan untuk tutorial menanam cara mudah boleh tonton di TikTok atau YouTube. Mulakan dengan pandan, limau, kari, cili api yang kerap digunakan dalam masakan harian dari nurseri.
