KUALI | Tip & Trik

Elak pembaziran cawan plastik semasa rumah terbuka, wanita ini tulis nombor... Siap gurau ada cabutan bertuah

Lead Image

SETIAP kali penganjuran rumah terbuka, macam-macam makanan dan minuman dihidangkan untuk tetamu yang berkunjung.

Bagi memudahkan urusan majlis, kebiasaannya tuan rumah memilih menggunakan pinggan dan cawan plastik atau polistren untuk mengambil makanan. 

Namun sering berlaku, apabila peralatan yang disediakan tidak cukup kerana ada tetamu tidak menggunakan semula dan memilih mengambil yang baharu.

Perkongsian wanita tersebut meraih perhatian.

Bukan sahaja menyebabkan pembaziran, tetapi tuan rumah juga terpaksa berbelanja lebih sekiranya stok pinggan dan cawan habis.

Justeru itu, seorang pengguna Threads yang dikenali sebagai Lily berkongsi tip kreatif untuk mengatasi masalah ini iaitu dengan menulis nombor pada cawan.

Menurutnya, dengan cara ini tetamu lebih peka dengan cawan dan pinggan masing-masing.

"Tips layan tetamu ramai semasa beraya, supaya no shortage of cawan pinggan. Especially cawan polisterin, kertas atau plastik.

MENARIK DIBACA: Semua sedap, takkan nak tengok je! Ini 7 tip pemakanan masa raya sambil 'jaga perut'

MENARIK DIBACA: Konflik Asia Barat: Tiada rumah terbuka Aidilfitri anjuran agensi kerajaan, GLC dan GLIC

"Tulis nombor siap-siap supaya takde la nanti yang datang 10 orang tapi cawan nya tengok-tengok dah ada 27 sebab masing-masing lupa cawan yang mana satu," katanya.

Tidak kisah dianggap kedekut, Lily menegaskan bahawa kebanyakan tetamunya memahami konsep tersebut dan menghormati cara tuan rumah.

Malah, dia turut berseloroh bahawa nombor pada cawan itu mewakili nombor cabutan bertuah.

"Mula-mula ada gak takut orang cakap camtu, tapi sebab niat nak memudahkan tetamu juga dan tak nak membazir.

Komen netizen di media sosial.

"Jadi bila saudara-mara dan kawan datang, memang dah beritahu, diaorang faham nanti. Kadang gurau cakap ada cabutan bertuah," katanya.

Perkongsian Lily ini mendapat perhatian netizen yang rata-rata menyifatkan idea tersebut sangat praktikal dan malah, ramai ingin mencubanya di rumah masing-masing.

"Aku nak buat macam ni… tapi takut dicop kedekut. Bukan kedekut… tapi nak elakkan pembaziran.

"Siapa yang pulangkan cawan je dapat duit raya," komen netizen.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
play
KUALI | Tip & Trik

Tak perlu guna racun... 3 bahan dapur ini boleh bantu singkirkan kulat di rumah

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tip & Trik

Tutup makanan, letak senduk atas lauk bukan suka-suka... Ada maksud dalam Islam

Terhangat