Dah tekan kuat, pintu peti sejuk masih tak rapat? Cuba trik ini agar getahnya kembali berfungsi
PERNAH tak anda perasan pintu peti sejuk tidak tertutup rapat walaupun sudah ditekan kuat?
Masalah ini selalunya berpunca daripada getah pintu yang sudah longgar atau kurang melekat dan jika tidak dibaiki ia boleh menjejaskan fungsi peti sejuk.
Nampak macam masalah remeh, tapi getah pintu peti sejuk yang tak melekat boleh jadi punca bil elektrik naik.
Bila pintu tidak rapat, suhu sejuk akan keluar dan barang elektrik itu terpaksa bekerja lebih kuat.
Berikut beberapa trik mudah untuk jadikan getah pintu peti sejuk kembali berfungsi:

1. Bersihkan getah dan permukaan pintu
Langkah pertama yang paling penting ialah memastikan getah pintu berada dalam keadaan bersih.
Kotoran seperti minyak, habuk dan sisa makanan boleh mengganggu cengkaman getah.
Gunakan air suam dengan sedikit sabun, kemudian lap getah dengan kain atau berus gigi lama untuk membersihkan bahagian sempit atau celahan.
Selepas itu, keringkan dengan sempurna. Permukaan yang bersih membantu getah melekat dengan lebih baik.
MENARIK DIBACA: Memang sedap kalau dibuat bakar, ini antara khasiat mentarang laut untuk tubuh
MENARIK DIBACA: DIY sabun cuci lantai guna 3 bahan dapur... Simpan dalam botol jadikan stok, dah tak perlu beli sabun

2. Panaskan getah
Getah yang lama biasanya menjadi keras dan kurang fleksibel.
Untuk masalah ini, boleh gunakan pengering rambut bagi memanaskan getah.
Apabila getah sudah menjadi lebih lembut, tekan ia ke arah pintu supaya kembali ke bentuk asal.
Kaedah ini membantu meningkatkan keupayaan getah untuk melekat semula.

3. Berikan ruang antara peti sejuk dan dinding
Pastikan bahagian kiri dan kanan tidak terlalu rapat supaya haba dapat dilepaskan dengan baik.
Elakkan meletakkannya berhampiran sumber panas seperti api atau sinaran matahari.