KUALI | Minuman
Sirap bandung soda float, sekali teguk hilang letih seharian berpuasa
SELEPAS seharian menahan lapar dan dahaga, minuman manis berlemak dengan haruman ros seperti sirap bandung soda float memang cukup menyegarkan.
Hanya satu tegukan, sudah cukup untuk menghilangkan dahaga dan memberi tenaga sebelum menjamah makanan pula.
Dengan aroma ros lembut, setiap tegukan terasa lebih nikmat.
Mana tidaknya, gabungan dengan aiskrim vanila memberikan rasa berkrim dan manis seimbang.
Bagi yang ingin berbuka dengan minuman lazar, sirap bandubg ini memang pilihan tepat.

Bahan-bahan
- 1 sudu kecil pati sirap ros
- 2 sudu kecil air gula
- 1 gelas ais batu
- 1 gelas air berkarbonat (soda)
- 2 sudu besar susu cair
- 2 skop aiskrim vanila
MENARIK DIBACA: [V] Sah jus tembikai ini tak campur air! Peniaga terkejut gerai diserbu, isteri awalnya was-was idea 'piyor'
MENARIK DIBACA:Air madu citron bantu sembuhkan batuk berpanjangan
Cara penyediaan
- Masukkan pati sirap ros dan air gula ke dalam gelas, kacau rata.
- Tambahkan ais batu ke dalam gelas.
- Tuang minuman berkarbonat dan susu cair, kacau perlahan.
- Letakkan 2 skop aiskrim vanila di atas minuman.
- Sedia untuk dinikmati!