Resipi brownies coklat masak dalam kuali... Enak, tekstur hampir sama macam guna 'oven'
MENGHASILKAN kek atau baking sering dianggap perkara paling rumit di dapur, walaupun kita digelar jaguh memasak.
Ini kerana tugas-tugas baking memerlukan ketelitian dari segi teknik sehinggalah bahan-bahan yang digunakan.
Begitu juga kalau nak menghasilkan brownies. Nak hasilkan yang sedap, lembap dan kaya rasa coklat memang mencabar.
Setiap gigitan memberikan rasa manis dengan sedikit pahit coklat, mencair di mulut dan boleh membuatkan kita ketagih menikmatinya.
Jangan risau! Kini ada cara mudah untuk menghasilkan brownies yang sedap macam beli di kafe tapi menghasilkannya tak perlu gunakan ketuhar.
Hanya guna kuali non-stick di dapur, brownies dapat dihasilkan dengan cantik dan enak.
MENARIK DIBACA: RM100 dari bantuan MyKasih digunakan sebagai modal Brownies Bite, tak sangka dapat sambutan sampai viral
MENARIK DIBACA: Nasi semalam jangan dibuang, boleh dibuat kek cawan bersama coklat
Bahan-bahan
- 1 biji pisang (dilenyek)
- 3 sudu besar chocolate spread
- 2 biji telur
- 1 cawan susu
- 1 cawan tepung
- 1/2 cawan minyak
- 1 sudu besar koko
- 1 sudu kecil serbuk penaik
- 2 esen vanilla
Cara penyediaan:
- Masukkan semua bahan ke dalam kuali non-stick.
- Kacau perlahan-lahan menggunakan whisk sehingga sebati.
- Tutup rapat kuali dengan penutup dan masak atas api paling kecil selama 45–60 minit. Jangan buka penutup semasa memasak supaya brownies kekal lembap.
- Setelah masak, biarkan sejuk seketika. Tabur kacang atau chocolate chips jika suka.
- Brownies siap untuk dinikmati!
