Pencinta makanan pedas kena cuba kerabu suhun ala Thai ini di rumah!
BAGI penggemar hidangan pedas, kerabu suhun ala Thai ini cukup sempurna untuk memuaskan deria rasa anda!
Resipi perkongsian TikToker @Yurikayulie memang boleh buat sesiapa sahaja terliur.
Gabungan suhun yang kenyal bersama makanan laut segar serta sos masam manis pedas menjadikan menu ini sesuai dijadikan pembuka selera.
Lebih menarik, penggunaan herba segar seperti daun ketumbar dan tomato ceri menambah lagi aroma serta kesegaran rasa.
Berikut resipi penuh kerabu suhun Thai perkongsian Yurika Yulie yang anda boleh cuba sendiri di rumah.

Bahan-bahan
Bahan utama:
- Suhun (glass noodle)
- Udang
- Daun ketumbar
- Cili padi
- Bawang merah
- Tomato ceri
Untuk sos:
- Cili flakes
- Bijan
- Gula tebu
- Limau nipis (perahan jus)
- Daun ketumbar
- Sos ikan
MENARIK DIBACA: Tumisan mentega dan bawang putih rahsia ayam goreng Korea
MENARIK DIBACA: Candy pineapple macam tanghulu tapi guna buah-buahan tempatan
Cara penyediaan
- Rebuskan suhun hingga lembut, kemudian toskan dan asingkan.
- Potong halus daun ketumbar, bawang merah, cili padi merah dan tomato ceri.
- Rebuskan udang sehingga masak dan berwarna merah jambu.
- Dalam mangkuk, campurkan cili flakes, bijan, gula tebu, jus limau nipis, daun ketumbar dan sos ikan. Kacau hingga sebati.
- Gaulkan suhun, sayuran dan udang bersama sos yang telah disediakan. Pastikan semuanya rata dan sebati dengan perasa.