Sharifah Shahirah tak masak, serah tugas di dapur kepada pembantu dan ibu mentua
TANPA berselindung, penyampai radio Sharifah Shahirah memang jarang memasak sebaliknya tugas itu dilakukan oleh pembantu rumah.
Shahirah atau mesra disapa Shiera, 51, berkata, ibu mentuanya iaitu pelakon Datin Maria Arshad juga akan memasak untuk mereka sekeluarga dan mengakui keenakan air tangan wanita itu tiada tandingan.
"Saya tak masak tapi pembantu rumah yang akan masak.

"Lagipun saya ada ramai saudara mara yang selalu datang bawa lauk atau masak di rumah.
"Selain itu, ibu mentua yang masakkan untuk saya di rumah. Air tangannya memang terbaik!," katanya kepada Kuali.
Dalam pada itu, Shiera berdepan dengan cabaran besar dalam memastikan pemakanan lima anaknya seimbang memandangkan masing-masing mempunyai selera sendiri.
MENARIK DIBACA: Ini resipi minyak cili macam dekat restoran Cina... Caranya senang, boleh tahan berbulan-bulan!
MENARIK DIBACA: Kopi Turkiye bukan sekadar minuman, tradisi 500 tahun yang terus hidup
Apatah lagi dengan cabaran pelbagai jenis makanan viral yang menjadi perhatian golongan muda hari ini.
"Sebagai ibu sejak mereka kecil saya tegas tentang pemakanan anak-anak. Masak kecil memang mereka ikut kata tapi bila semakin dewasa nak buat macam mana?
"Selagi saya boleh tegur, saya akan nasihatkan (menjaga pemakanan)," ujarnya.