KUALI | Trending

Pengacara ‘Worst Cooks in America’ Anne Burrell meninggal dunia

Lead Image

CEF selebriti terkenal Anne Burrell dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Brooklyn, New York pada pagi Selasa.

Mendiang berusia 55 tahun.

Berita kematiannya disahkan oleh pihak keluarga dan Food Network dalam satu  kenyataan rasmi kepada pihak media. 

Pihak berkuasa melaporkan Anne ditemukan tidak sedarkan diri di rumahnya sebelum disahkan meninggal dunia oleh paramedik.

Sehingga kini, punca sebenar kematian masih belum diumumkan dan bedah siasat sedang dijalankan.

Mendiang dikenali sebagai seorang mentor yang sentiasa yakin dengan bakat pendatang baharu.

Dalam kenyataan daripada keluarga, Anne digambarkan sebagai seorang wanita yang ceria dan penuh kasih sayang.

Pengacara program Worst Cooks in America itu meninggalkan suami, Stuart Claxton dan seorang anak tiri iaitu Javier.

Berbekalkan latar belakang pendidikan dari Culinary Institute of America dan pengalaman luas di dapur restoran terkenal di New York dan Eropah, Anne membawa keghairahan memasak ke televisyen. 

Menjadi wajah ikonik Food Network, biarpun memiliki karakter mentor tegas tapi Anne dikatakan tinggi dengan sikap penyayang bahkan sentiasa yakin dengan bakat pendatang baharu.

Apa yang membezakan Anne daripada cef selebriti lain adalah keikhlasan dirinya dalam menyampaikan ilmu dan menjadikan dunia masakan lebih mesra serta terbuka untuk semua. 

Dalam, mendiang membuktikan bahawa seseorang itu boleh memasak diberi sokongan dan usaha. 

Suntikan elemen keseronokan dan keyakinan dalam setiap episod dikendalikan juga menjadikan dapur bukan lagi ruang menakutkan tetapi medan kreativiti dan ekspresi diri.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Trending

Cef asal Miri juara World National Tapas Competition 2025, wakil negara ke pertandingan dunia di Sepanyol

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trending

Roti canai antara 50 sarapan terbaik di dunia, kalahkan bubur ayam dan nasi goreng Indonesia

Terhangat