KUALI | Trending

Tak pernah gagal mencuri hati, 7 kuih tradisional ini masih jadi kegemaran ramai

Lead Image

LEMAK manis onde-onde meletup di mulut, kuih koci dengan intinya kelapa harum setiap satu kuih tradisional memiliki karakter unik mampu membuka selera. 

Tidak perlu sos mewah, penggayaan atau hiasan, cukup sekadar daun pisang, talam kayu dan rasa membawa kenangan.

Dalam dunia makin dikuasai pencuci mulut moden dan makanan viral, kuih-muih tradisi tetap berdiri megah dengan rasa tak lapuk dek zaman. 

Manis, lemak, sedikit masin, kenyal, rangup, berintikan - kepelbagaian kuih tradisional bukan sahaja menggoda selera, malah menceritakan seribu satu rasa dari pelbagai budaya.

Anda bersedia untuk menjelajah dunia kuih muih tradisional penuh warna, rasa dan cerita? Ayuh selami kelazatan warisan tak pernah gagal mencuri hati.

Onde-onde dipercayai berasal dari gabungan budaya antara masyarakat  Jawa dan Peranakan di bawa ke tanah air. 

1. Onde-Onde

Kuih tradisional bersaiz bulat kecil kehijauan ini menjadi salah satu menu kegemaran sepanjang zaman. 

Padat dengan inti gula melaka cair, onde-onde mencipta sensasi seolah meletup di mulut setiap kali digigit. 

Kuih ini dipercayai berasal dari gabungan budaya antara masyarakat  Jawa dan Peranakan di bawa ke tanah air. 

Turut dikenali sebagai klepon di Indonesia, kuih ini disalut dengan kelapa parut menambahkan aroma harum gabungan sempurna antara lemak, manis dan kenyal. 

Kuih koci tampil sederhana dibungkus kemas dalam daun pisang. 

2. Koci

Dalam dunia kuih-muih tradisional berwarna-warni dan memikat selera, kuih koci tampil sederhana dibungkus kemas dalam daun pisang. 

Asal-usul kuih koci dipercayai datang dari pengaruh budaya Jawa dan masyarakat Melayu tradisional. 

Bahan utama kuih koci adalah tepung pulut diuli menjadi doh dan kemudian diisi dengan inti kelapa parut yang dimasak bersama gula melaka hingga pekat dan wangi. 

Beberapa versi resipi turut menambah sedikit garam pada inti untuk keseimbangan rasa. 

Kuih ini kemudian disalut dengan santan pekat, dibungkus dalam daun pisang dan dikukus hingga masak. 

Di sinilah terletaknya keistimewaan kuih koci - santan yang meresap masuk ke dalam doh pulut memberikan rasa lemak, pekat dan wangi. 

Kuih ini dinamakan Seri Muka kerana keindahan permukaannya licin dan kehijauan menggambarkan keayuan wanita Melayu zaman dahulu. 

3. Seri Muka

Kuih tradisional ini dipercayai berasal dari pantai timur, namun popular di seluruh negara.

Ciri istimewanya terdiri daripada dua lapisan, di bawah kuih adalah pulut kukus berlemak dan di bahagian atas pula kastard pandan manis dan lembut.

Kuih ini dinamakan Seri Muka kerana keindahan permukaannya licin dan kehijauan menggambarkan keayuan wanita Melayu zaman dahulu. 

Kuih lapis dikaitkan dengan simbol perpaduan.

4. Kuih Lapis

Mempunyai pengaruh dari budaya Peranakan dan Melayu, kuih ini sering dikaitkan dengan simbol perpaduan - setiap lapisan berbeza warna tetapi menyatu menjadi satu hidangan harmoni.

Diperbuat daripada adunan tepung beras, santan dan gula, disusun lapis demi lapis dalam pelbagai warna memikat pandangan.

Setiap lapisan yang dikukus satu per satu itu menyimpan rasa manis sederhana dengan aroma santan wangi dan lemak berkrim. 

Teksturnya pula lembut tetapi sedikit kenyal membuatkan setiap gigitan terasa seperti mencair.

MENARIK DIBACA: Dari ratu kosmetik ke dapur... Datin Isma dah ‘ready’ nak pencen, buka restoran Kantan sebab anak-anak - “Ada syarat perlu mereka penuhi”

MENARIK DIBACA: Tak perlu rebus sampai 3 jam guna pressure cooker, teknik '5-30-7' cukup buat isi daging mudah lembut

Kuih gulung atau ketayap menyerupai kain penutup kepala orang tua-tua terdahulu yang menggambarkan kesederhanaan  dan keindahan dalam kepelbagaian. 

5. Ketayap / Kuih Gulung

Kuih ini dikatakan memiliki bentuk seakan kain penutup kepala orang tua-tua terdahulu, ia menggambarkan kesederhanaan  dan keindahan dalam kepelbagaian. 

Kuih lembut dengan inti manis ini sangat popular dalam kalangan masyarakat tempatan dan mudah dijumpai. 

Pulut panggang diperbuat daripada beras pulut yang dikukus bersama santan, kemudian diisi dengan inti ikan atau udang kering

6. Pulut Panggang

Diperbuat daripada beras pulut yang dikukus bersama santan, kemudian diisi dengan inti ikan atau udang kering digaul dengan kelapa parut menjadikan kuih ini antara kegemaran ramai. 

Kuih dibungkus dengan daun pisang dan dipanggang menggunakan pemanggang juga memberikan tekstur unik, lembut serta lemak berkrim dengan inti pedas manis membangkit selera. 

Kuih bakar memberi aroma harum daun pandan dan dibakar dalam acuan khas berbentuk bunga.

7. Kuih Bakar

Kuih Bakar adalah salah satu kuih tradisional Melayu sangat popular bahkan dalam kalangan negara jiran termasuk Singapura dan Brunei. 

Ia terkenal dengan bentuknya yang bulat dan berlapik dengan kerak garing di bahagian luar, manakala bahagian dalamnya lembut, wangi dan sedikit kenyal. 

Kuih ini lazimnya berwarna hijau kerana penggunaan pandan, memberi aroma harum dan dibakar dalam acuan khas berbentuk bunga.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Trending

Minyak masak terpakai jangan dibuang, ini 5 tempat boleh dijual selain ejen persendirian

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trending

Rupanya bukan dipetik sebelum matang, baby carrot inovasi petani elak buang lobak merah tak laku

Terhangat