Setahun tutup akibat salah faham, ‘port’ makan durian belakang pasar Taman Tun kembali beroperasi
BERITA gembira buat penggemar durian apabila 'port' popular, Durian King TTDI kini dibuka semula selepas 14 bulan ditutup akibat salah faham berkaitan lesen perniagaan.
Gerai durian sederhana di belakang pasar Taman Tun Dr Ismail (TTDI) namun cukup ikonik ini sememangnya dikenali sebagai salah satu lokasi terbaik untuk menikmati variasi 'raja buah' setiap kali tiba musimnya.
Tidak hanya itu, cendol dengan rasa premium turut menjadi buruan pelanggan sejak mula beroperasi sepuluh tahun lalu.

Sepanjang tempoh penutupan, ramai pelanggan setia Durian King TTDI tertanya-tanya tentang punca ia tiba-tiba ditutup.
Pemiliknya, Erik Ong berkata, penarikan lesen operasi gerai berlaku disebabkan salah faham antara pihak berkuas namun isu itu telah pun selesai.
Erik berkata, pihaknya lega apabila proses rayuan mendapat perhatian bersama Pejabat Ahli Parlimen Segambut, Datuk Bandar Kuala Lumpur serta sokongan kuat kerajaan yang memahami kepentingan industri durian.
MENARIK DIBACA: Konsep pasar raya percuma di Kanada jadi contoh, pelanggan kurang bernasib baik bebas pilih barang keperluan
MENARIK DIBACA: Sarapan cepat tapi berkhasiat, cuba salad ayam teriyaki ringkas ini
Di Durian King TTDI, orang ramai yang datang dapat menikmati durian dalam suasana tempat lepak santai untuk keluarga di ruang mesra pelanggan.
Paling penting, durian yang disediakan adalah durian segar seperti Black Torn dan Musang King, terus dari ladang yang diperoleh setiap hari dari ladang seluas 95 ekar di Selangor Fruit Valley di Rawang, Selangor.
Harga yang dijual juga berpatutan bagi memastikan setiap peringkat masyarakat berpeluang menikmati durian berkualiti tinggi.
Alamat: Durian King TTDI, 179, Jalan Wan Kadir, Taman Tun Dr Ismail, 60000, Kuala Lumpur,
Masa operasi: Isnin hingga jumaat - 5.00 petang hingga 12.00 tengah malam
Sabtu, Ahad dan Cuti umum - 2.00 petang hingga 12.00 tengah malam.