KUALI | Trending

Epal black diamond lebih manis daripada madu, hanya 'hidup' di pergunungan Tibet... Harganya cecah RM30 sebiji

Lead Image

SANGGUPKAH anda membeli sebiji epal jika harganya RM30 di Malaysia?

Bagi penggemar epal, pasti anda biasa menikmati epal hijau dan merah namun uniknya epal black diamond yang satu ini menjadi perhatian kerana kulitnya berwarna ungu gelap sehingga kelihatan hitam. 

Lebih istimewa, jika epal ini di bawah cahaya tertentu ia berkilau seperti permata hitam.

Buah epal ini akan berkilau seperti permata hitam jika dibawah cahaya.

Apa yang lebih menarik, rasanya lebih manis daripada madu dan teksturnya sangat rangup apabila dikunyah.

Buah ini juga terkenal sebagai salah satu epal paling eksklusif di dunia dan dianggap 'rare' kerana sukar ditemui.

Epal black diamond sering dianggap misteri kerana tiada ladang epal lain yang mampu menanamnya selain di Tibet.

MENARIK DIBACA: Kerap sembelit dan perut kembung? Boleh cuba air rebusan kulit nanas

MENARIK DIBACA: Saiz dapur kecil bukan masalah, ada cara deko agar nampak luas dan praktikal

Buah ini berasal daripada keluarga Red Delicious China Huaniu dan ia hanya mampu tumbuh di Tibet kerana ia bergantung sepenuhnya kepada keadaan alam sekitar terutama perubahan suhu ekstrem di kawasan pergunungan Nyingchi.

Pada waktu siang, epal ini menerima cahaya matahari yang kuat di altitud tinggi manakala pada waktu malam suhunya boleh menjunam dengan mendadak. 

Variasi suhu inilah yang menghasilkan kulit yang berwarna ungu gelap seakan hampir hitam.

Disebabkan proses penanamannya terhad menjadikan buah ini premium.

Epal black diamond juga memerlukan masa yang lama untuk berbuah kira-kira lapan tahun selepas ditanam.

Disebabkan warnanya jarang ditemui, keadaan tumbuhannya yang sensitif dan kawasan penanaman terhad, ia menjadi buah premium.

Buah ini hanya boleh didapati di pasaraya mewah di Beijing, Shanghai, Guangzhou dan Shenzhen dan harganya adalah sekitar RM30 sebiji.

Buah ini boleh mencecah harga sekitar RM30 sebiji.

Disebabkan bekalannya terhad dan buahnya unik, ia biasanya dijual dalam kotak hadiah di pasaraya kelas atasan dengan harga sekitar RM180 untuk lima ke enam biji.

Bagi penggemar buah segar, mungkin anda menyimpan beberapa biji epal di dalam peti sejuk untuk dinikmati sepanjang minggu. 

Tidak seperti beri segar yang hanya bertahan dua hingga tujuh hari, epal ini boleh tahan sehingga tiga minggu di luar peti dan sehingga enam minggu di dalam peti sejuk.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Trending

Malaysia terpelanting dari senarai 100 kota kulinari terbaik dunia, netizen panas hati!

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trending

“Amoi suka masak, abang suka makan” - Aisha Tan dan Azrul kongsi pertemuan pertama, kepak ayam cola perkenal Soya Belacan di media sosial

Terhangat