KUALI | Trending

Sisa kulit telur jangan dibuang, rupanya boleh dijual RM10 sekilogram 

Lead Image

SIAPA sangka, sisa kulit telur yang selama ini dianggap tidak bernilai dan dibuang sebenarnya mampu menjana pendapatan tambahan.

Menerusi perkongsian Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) di Facebook, sisa kulit telur mempunyai nilai komersial kerana boleh diproses menjadi baja tumbuhan semula jadi.

Menariknya, baja yang dihasilkan daripada kulit telur ini turut mendapat permintaan dan boleh dijual secara dalam talian.

Perkongsian SWCorp di laman Facebook:

"Ini satu idea untuk anda, tukar sisa menjadi sumber. Contohnya tukar kulit telur menjadi baja.

"Idea ini telah pun divalidasi. Di Indonesia, seorang lelaki meraih pendapatan lebih RM900 setiap bulan," tulisnya.

Selain menjana pendapatan, idea ini juga membantu mengurangkan sisa pepejal domestik, sekali gus menjaga alam sekitar.

MENARIK DIBACA: Dua tahun beroperasi, Shiha Zikir tutup kedai nasi ayam cawangan Shah Alam

MENARIK DIBACA: Peniaga suka sebab murah, tapi kertas pembungkus makanan ada risiko tak halal

Bagi mereka yang berminat untuk mencuba idea ini, SWCorp turut berkongsi beberapa langkah mudah:

1. Cuci dan bersihkan kulit telur dengan air.

2. Keringkan di dalam ketuhar bersuhu 100 darjah Celcius selama 15 minit.

3. Masukkan kulit telur yang dah kering dalam beg kain/plastik bertutup. Kemudian hancurkan.

4. Bungkus dalam pek mengikut berat.

5. Jual (harga pasaran RM10-12 per kilogram)

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Trending

4 hidangan warisan ini ada sejarahnya, nasi lemak direkodkan dalam buku terbitan British

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trending

Helah mudah kurangkan ketagihan hisap vape, kunyah gula-gula getah pudina pilihan terbaik

Terhangat