KUALI | Trending

Lelaki dimaki di bazar, bapa bengang sebab belanja dua anaknya ayam bakar

Lead Image

DALAM hidup ini, bukan nilai pemberian menjadi ukuran tetapi keikhlasan. Sekecil mana bantuan dihulurkan, menghargainya dengan hati terbuka cukup untuk membuatkan si pemberi berasa dihargai.

Seorang lelaki berkongsi kisah di bazar Ramadan yang masih segar dalam ingatannya. 

Katanya, beberapa hari lalu dia terdengar suara dua kanak-kanak meminta sesuatu kepada ibu mereka ketika sedang beratur untuk membeli ayam bakar kegemarannya di bazar Ramadan.

"Anak-anak tu minta ayam berulang kali. Ibunya dengan lembut pujuk supaya diaorang tunggu, sebab hari ni (petang kejadian) giliran bapa untuk makan sate," tulisnya di Threads.

Bagaimanapun, lumrah kanak-kanak sukar memahami situasi atau kekangan sedang dihadapi orang dewasa justeru kedengaran mereka merengek semakin kuat sehingga si bapa meninggikan suaranya.

"Aku nak makan, korang sibuk juga nak makan!

"Terus anak-anak senyap. Saya tersentap dan kebetulan giliran saya, lalu saya beli tiga, dua tu saya bagi anak-anak tadi," katanya. 

Namun dia tidak menyangka tindakannya itu kurang disenangi bapa kanak-kanak berkenaan apabila dia mengeluarkan kata-kata yang agak kasar.

MENARIK DIBACA: Suami jangan tahu mengarah jer! Guna cara halus ini, isteri memang ‘auto’ rajin ke dapur

MENARIK DIBACA: [V] Wanita terberanak dalam kereta ketika makan kurma, rupanya ramai ibu makan tamar nak mudah bersalin

“Nak tunjuk hero ke bagi anak orang makan? Belum ada anak pandai la tunjuk lagak," dia mengimbas ayat bapa kepada kanak-kanak berkenaan.

Lelaki itu bagaimanapun tidak melenting sebaliknya berdepan situasi itu dengan tenang. 

Dia menjelaskan situasi yang baru dilihat membuatkan dia terimbas bagaimana arwah bapanya sanggup berlapar demi membelikan makanan untuk anak-anak ketika mereka kecil dahulu. 

"Tak bang, aku teringat ayah aku masa kecil sanggup tak makan sebab nak belikan makanan untuk aku, sampai sekarang aku kenang jasa ayah.

"Takkan aku lupa sampai bila-bila. Sekarang ada rezeki je, aku belikan apa yang ayah nak. Hari ni rezeki anak abang, tengoklah betapa gembiranya mereka dapat ayam ni," katanya.

Menurutnya, air matanya hampir gugur melihat dua anak kecil itu memeluk kakinya sambil mengucapkan terima kasih.

Ayam bakar antara menu kegemaran semua.

Dalam pada itu dia juga memahami mungkin sesetengah ibu bapa mahu mengajar anak supaya tidak membazir.

"Ada berpendapat mungkin ibu bapa nak ajar anak-anak tu supaya jangan membazir, tak apa. Tak pernah salah ajar anak macam ni. 

"Tapi tiba-tiba rezeki datang untuk anak-anak, sepatutnya gembira. Saya bukan tahu masa tu abah diaorang nak ajar ke, yang saya nampak situasi mereka betul-batul nak ayam tu. 

"Kalau saya minta izin nak belikan, macam mengajar orang pula, sebab tu saya beli senyap-senyap. Pun ada yang tak puas hati," katanya lagi.

Rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi terhadap sikap si bapa dengan ada yang menyifatkan lelaki itu terlalu ego dan tidak menghargai pemberian orang lain. 

Malah ada yang berpendapat, rezeki itu sudah tertulis untuk anak-anak tersebut dan individu yang membelikan ayam itu hanyalah perantara.

Antara komen netizen.

"Dengan rezeki Allah pun nak ego eh si bapa tu. Dah sah-sah Allah berkehendak nak ayam tu anak-anak dapat. Tukang kasi tu perantaraan je. Jadi orang tengah belikan ayam tu. 

"Kalau aku besar syukur cakap terima kasih pada si pemberi dan terima kasih Allah. 

"Ayat ni akan keluar bila dia (bapa) rasa malu atau maruah tercalar sebab orang lain keluarkan duit untuk belanja anak-anak dan bukan diri sendiri. 

"Lah aku ingat lelaki tu nak balas baik-baik berterima kasih sebab ada orang sudi beli dekat anak dia. Eh dia 'bahasakan' pula dekat awak. Semoga lancar segala urusan awak," antara komen netizen.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Trending

Dua tahun buat eksperimen tapak, peniaga dedah realiti mengejutkan bisnes bazar Ramadan

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trending

"Nasi lemak hilang identiti tak pula siapa tegur" - Zhiddin Aziz kesal sajian warisan diabai, menu Barat dipertahan

Terhangat