Pinggan besar, tukang masak tak kedekut bahan! Berbaloi makan pasta premium di Rotbar Kitchen
PENCINTA hidangan 'fusion' (gabungan budaya) jangan lepaskan peluang singgah ke Rotbar Kitchen yang semakin menjadi sebutan ramai kerana menawarkan menu premium pada harga berpatutan.
Walaupun beroperasi di kawasan medan selera, Rotbar Kitchen menawarkan menu yang sering dijual di kafe-kafe moden dengan pelbagai pilihan pasta dan aneka hidangan 'fusion' yang menggamit selera.
Antara menu paling mendapat sambutan adalah Gochujang Pastachop yang menggabungkan pasta (barat) dengan menu 'chop' atau 'grill' unik dengan pes Gochujang (Korea) yang kuahnya berkrim pekat dan pedas.

Hidangan pasta itu juga bertambah enak apabila 'chicken chop' disalut dengan tepung rangup namun isi tetap lembut dan berjus memberi rasa mewah pada setiap suapan.
Untuk sepinggan hidangan besar pasta itu harga cuma RM21.90, sangat 'mesra poket'.
MENARIK DIBACA: Dahsyat! Cuma satu perkataan, peniaga makanan untung besar bila TokTi 'bersuara' di media sosial
MENARIK DIBACA: 5 bahan asas masakan di dapur anda mungkin tiruan, ini cara mudah uji keasliannya
Tidak kurang menarik, Tomyum Pastachop (Chicken Grill) menggunakan spageti 'black ink' dihidangkan dengan udang galah bersaiz gergasi segar yang turut dilengkapi ayam panggang sebesar tapak tangan.

Apa lebih mengejutkan, hidangan bersaiz besar seperti itu hanya berharga RM24.90 dan pastinya berbaloi untuk dicuba.

Pelanggan juga boleh mencuba keunikan paduan rasa Creamy Pesto Lamb Grilled menggabungkan kesederhanaan rasa pesto sesuai dengan padanan kambing panggang membuka selera hanya pada harga RM26.90.

Bagi penggemar hidangan berat, kambing dan ayam dipanggang turut dipadankan dengan sos istimewa buatan sendiri.
Menariknya, setiap sajian di Rotbar Kitchen yang terletak di di Medan Selera Desa Pandan, Kuala Lumpur ini bukan sahaja menitikberatkan soal rasa, malah persembahan makanan juga cukup menarik.
Bagi mereka yang mencari lokasi santai untuk menikmati pasta dan hidangan barat tanpa perlu berbelanja besar, Rotbar Kitchen sememangnya destinasi singgah makan wajib dimasukkan dalam senarai.
Nama Kedai: Rotbar Kitchen
Lokasi: Medan Selera MPAJ, Jln Pandan Indah 6/12, Pandan Indah, Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 5 petang hingga 9.30 malam (dibuka setiap hari kecuali Ahad)