KUALI | Dunia

Uniknya aiskrim kicap masin! Ini 6 makanan pelik dunia, orang tempatan kata 'sedap'

Lead Image

SETIAP negara memiliki keunikan tersendiri, bukan sahaja dari segi budaya tetapi juga makanan.

Banyak makanan dari seluruh dunia mungkin kelihatan pelik bagi kita, lebih-lebih lagi kerana dihasilkan dengan kombinasi makanan yang dianggap tidak sepadan.

Hakikatnya, makanan dianggap pelik itu sebenarnya menjadi menu 'kebanggaan' bagi sesebuah negara, malah rasanya dikatakan sangat enak!

Bagi meraikan kepelbagaian makanan, Kuali kongsikan enam kombinasi makanan pelik tetapi popular di seluruh dunia.

Ais krim kicap masin ini popular di Jepun terutama di Pulau Shodoshima.

1. Aiskrim + kicap masin (Jepun)

Pencuci mulut berupa aiskrim dan kicap masin dikenali sebagai 'shoyu aisu' ini tidak asing lagi di Jepun.

Hidangan istimewa ini mempunyai rasa manis dan masin seakan-akan 'salted caramel' dengan aroma serta umami yang kuat.

'Shoyu aisu' banyak ditemui di kawasan yang terkenal dengan pengeluaran kicap seperti di Pulau Shodoshima.

Hidangan ini sangat popular ketika di era 30-an dan 40-an di Amerika Syarikat.

2. Pisang + mayonis (Amerika Syarikat)

Hidangan yang dinamakan sebagai Southern Banana Sandwich ini sangat popular di wilayah selatan Amerika Syarikat.

Kombinasi ini menjadi popular semasa era Great Depression iaitu antara tahun 1930-an hingga 1940-an kerana murah, berkhasiat dan mudah disediakan.

Ia terdiri daripada hirisan pisang yang diletakkan di atas roti putih, disapu dengan mayonis.

Hidangan istimewa dari Turkiye ini dimakan bersama daging cincang.

3. Pasta + yogurt (Turkiye)

Di Turkiye, makanan ini dikenali sebagai 'manti' atau 'yalanci manti'.

Hidangan ini biasanya dimakan bersama daging cincang dan paprika.

MENARIK DIBACA: Kalau suka makan manis penyayang orangnya, ini 6 kategori makanan ‘cermin’ personaliti anda

MENARIK DIBACA: Burger nyamuk makanan mewah di Afrika, 7 kali ganda lebih banyak protein

Kek coklat minyak zaitun ini memiliki tekstur yang sangat lembut.

4. Coklat + minyak zaitun (Itali)

Hidangan pencuci mulut ini dikenali sebagai Torta di Cioccolato All Olio Di Oliva atau kek coklat minyak zaitun.

Pencuci mulut istimewa ini kaya dengan coklat gelap dan menggunakan ekstrak minyak zaitun menggantikan mentega untuk memberikan tekstur yang sangat lembut.

Kopi yang dicampur dengan potongan keju ini dihidangkan ketika musim sejuk di Finland.

5. Keju + kopi (Finland, Sweden)

Merupakan sejenis minuman yang dikenali sebagai Kaffeost, iaitu kopi keju.

Di Finland, minuman ini telah menjadi tradisi apabila potongan keju dimasukkan ke dalam secawan kopi panas.

Kaffeost selalunya disajikan ketika musim sejuk atau dihidangkan kepada tetamu yang datang ke rumah.

Nasi yang dicampur pisang ini menjadi menu sarapan pagi popular di Brazil.

6. Nasi + pisang + gula (Brazil)

Merupakan sajian sarapan pagi popular di Brazil dikenali sebagai  Arroz com Banana atau nasi pisang.

Pisang akan digoreng terlebih dahulu dengan gula sebelum dicampur dengan nasi panas.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Dunia

Bekas staf buat onar 'refund' pembelian mac and cheese! Lebih RM300,000 masuk akaun sendiri

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Asyik gagal 'battle', slot Rembayung disyaki dikaut 'scalpers'! Ada yang dah tawar hati, merajuk dengan sistem

Terhangat