info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Dunia

Dah banyak keluar modal, pemilik kecewa kedai 'sepi' ketika tayang 'live' Piala Dunia 2026

Lead Image

MASUK saja musim Piala Dunia FIFA 2026, kebanyakan kedai makan sanggup memasang skrin besar atau melanjutkan waktu operasi untuk menarik pelanggan berkumpul dan menonton siaran langsung perlawanan beramai-ramai.

Seorang pemilik kedai kopi bagaimanapun kecewa apabila persiapan yang dibuat sempena aksi pembukaan acara itu tidak menadapat sambutan pelanggan.

Menurut laporan South China Morning Post (SCMP), Zhao Chong mula membuat persiapan dua minggu lebih awal sebelum aksi perlawanan pembukaan antara Mexico dan Afrika Selatan pada 11 Jun lalu.

Zhao sanggup berbelanja ribuan yuan bagi menyediakan pelbagai makanan ringan serta minuman.

Berharap kedai kopinya di Hangzhou, China itu dipenuhi pelanggan, dia mengeluarkan modal ribuan yuan bagi menyediakan pelbagai makanan ringan serta minuman.

Bukan itu sahaja, Zhao turut mempromosikan acara itu menerusi media sosial dan mengajak 4,000 kenalan serta puluhan rakannya untuk datang memeriahkan suasana.

Malangnya, apabila perlawanan bermula pada pukul 3 pagi, hanya makanan dan minuman yang memenuhi meja di kedainya tanpa ada pelanggan.

Dia berhasrat untuk menawarkan bir serta makanan ringan tanpa had sekiranya ada pelanggan yang hadir malangnya kedai tetap tak dikunjungi sesiapa.

MENARIK DIBACA: Yamal suka nasi ayam! Ini makanan kegemaran 6 pemain bintang beraksi di Piala Dunia 2026

MENARIK DIBACA: [V] Dikecam salah sebut ‘roti canai’, peserta MasterChef kelahiran Malaysia mohon maaf

Enggan terlalu memikirkan perkara tersebut, Zhao tetap meneruskan siaran langsung dan menonton perlawanan itu seorang diri.

"Walaupun saya tidak mendapat keuntungan atau populariti, dapat menonton bola sepak sambil menikmati pemandangan matahari terbit sudah cukup memberi kepuasan," katanya.

Meskipun terpaksa menanggung kerugian, Zhao tetap positif dan percaya usahanya lambat-laun akan membuahkan hasil juga suatu hari nanti.

"Tiada pelanggan hari ini tidak bermakna tiada pelanggan esok. Saya akan terus bertahan," ujarnya.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Caj bungkus cecah RM2... Pengguna nak 'tapau' makanan dinasihat bawa bekas sendiri

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Momen

Kempen 'Sayang, Kan? beri kefahaman obesiti sebagai penyakit kronik kompleks

Terhangat