info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Dunia

Kanan manis, kiri masam! Epal dua warna 'rare' satu dalam sejuta, ramai serbu pasar raya untuk bergambar

Lead Image

LAZIMNYA terdapat tiga warna utama pada buah epal mengikut jenisnya iaitu merah, hijau dan kuning.

Epal merah seperti jenis Red Delicious dan Royal Gala memiliki rasa lebih manis.

Epal hijau seperti Granny Smith pula mempunyai tekstur yang rangup dengan rasa yang lebih masam.

Jenis epal kuning pula seperti Golden Delicious mempunyai rasa manis madu yang lembut manakala teksturnya pula pejal dan kurang rangup.

Penemuan epal chimera menarik perhatian pelanggan di pasar raya Sunshine Corner Market yang datang untuk mengambil gambar.

Namun pernah tak anda melihat sebiji epal yang memiliki kombinasi dua warna iaitu merah dan kuning?

Penemuan sebiji epal luar biasa dengan dua warna di pasar raya Sunshine Corner Market di Christchurch, New Zealand mengejutkan penduduk di sana.

Penemuan menakjubkan itu sekali gus menarik perhatian pelanggan yang datang semata-mata untuk bergambar, malah ada antara mereka meminta izin untuk menyentuh epal tersebut yang dibepercayai mempunyai tuah.

Epal jenis Red Braeburn yang ditemui itu memiliki kombinasi dua warna yang terbahagi tepat kepada warna merah dan kuning kehijauan.

MENARIK DIBACA: Pelanggan tak puas hati harga sajian ikan patin kukus lebih RM900, ini fakta anda perlu tahu

MENARIK DIBACA: [V] "Bagi pasta, croissant saya tetap cari nasi" - Scha Alyahya mengaku 'tekak Melayu'

Memetik laporan The Star, buah yang dikenali sebagai epal chimera itu berlaku secara semula jadi hasil mutasi genetik yang sangat luar biasa yang mana ia terbahagi kepada dua warna berbeza dengan garisan pemisah hampir sempurna di tengah-tengahnya.

Mutasi sel genetik yang berlaku pada peringkat awal pembentukan putik bunga atau buah telah bergabung dan tumbuh menjadi satu organisma yang membawa ciri berlainan seperti warna, tekstur dan rasa secara semula jadi.

Justeru, kejadian tersebut dianggap sangat jarang berlaku dengan kebarangkalian satu dalam sejuta biji epal.

Epal chimera itu berlaku secara semula jadi hasil mutasi genetik yang sangat luar biasa. Foto ABC TASMANIA

Walaupun membentuk mutasi buah yang luar biasa, epal chimera ini 100 peratus selamat dimakan dan mempunyai rasa berbeza di setiap belahannya berdasarkan genetik bahagian tersebut.

Jika sebelah berwarna hijau (seperti Granny Smith) dan sebelah lagi merah (seperti Gala), bahagian hijau akan rasa masam dan rangup, manakala bahagian merah akan rasa manis dan berjus.

Selain rasa, tekstur buah juga boleh berbeza, contohnya sebelah lebih keras dan sebelah lagi lebih lembut.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Momen

Kempen 'Sayang, Kan? beri kefahaman obesiti sebagai penyakit kronik kompleks

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Budaya isteri bancuh air manis untuk suami baru balik kerja dipersoal, rupanya simbol kasih sayang

Terhangat