info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Dunia

Piala Dunia 2026: Sebelum sepak mula, penyokong berpesta 'tailgate' di luar stadium

Lead Image

SETIAP kali berlangsungnya Piala Dunia FIFA, tumpuan bukan sahaja terarah kepada aksi pemain di atas padang, sebaliknya budaya unik penyokong turut mencuri perhatian.

Bagi Piala Dunia FIFA 2026 berlangsung di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico, salah satu tradisi penyokong yang menarik perhatian adalah aktiviti berkumpul, memasak dan menjamu selera di kawasan parkir stadium sebelum sepak mula, dikenali sebagai tailgate.

Istilah ini dinamakan sempena pintu but belakang kenderaan jenis pikap atau SUV (tailgate) yang diturunkan untuk dijadikan meja makan.

Budaya ini merupakan tunjang utama landskap sukan di Amerika Syarikat (terutamanya dalam sukan NFL) dan kini dibawa masuk bagi menyemarakkan suasana Piala Dunia 2026.

Sebelum kempen Piala Dunia 2026 bermula, tradisi itu kembali menjadi bualan selepas timbul dakwaan kononnya FIFA melarang aktiviti berkenaan di semua lokasi kejohanan.

FIFA kemudian tampil memberikan penjelasan rasmi bagi menjawab persoalan penyokong yang merancang untuk merasai sendiri pengalaman tailgate sepanjang kejohanan berlangsung.

Hidangan BBQ dan taco menjadi tumpuan aktiviti 'tailgate'.

FIFA menegaskan bahawa pihaknya tidak mempunyai dasar rasmi melarang aktiviti itu namun sekatan tertentu mungkin dikenakan di sesetengah stadium berdasarkan peraturan tempatan serta arahan pihak berkuasa keselamatan di bandar tuan rumah.

FIFA turut memaklumkan bahawa maklumat lanjut mengenai peraturan untuk penyokong di setiap lokasi  diumumkan lebih awal sebelum kejohanan bermula supaya peminat dapat membuat persediaan sewajarnya.

Berikut beberapa fakta menarik mengenai tradisi tersebut.

1.Tradisi berkumpulan 

Tailgate merujuk kepada tradisi berkumpul di kawasan parkir stadium beberapa jam sebelum perlawanan bermula. Penyokong membawa kerusi lipat, meja, pemanggang mudah alih, pembesar suara dan pelbagai juadah untuk dinikmati bersama.

2. Bukan sekadar makan sebelum perlawanan

Bagi masyarakat Amerika Utara, tailgate menjadi acara sosial mengeratkan hubungan antara keluarga, rakan dan penyokong daripada pelbagai pasukan.

MENARIK DIBACA: Tak sedar risiko... Ibu, anak teruja makan snek cecair nitrogen - "Sakit lidah mama, korang relaks je"

MENARIK DIBACA: Mentua 'anti' MSG, menantu 'seludup' dalam diam! Setiap kali masak dapat pujian melambung

3. BBQ antara menu wajib

Daging barbeku menjadi hidangan paling popular ketika aktiviti itu dianjurkan selain burger, sosej dan ayam panggang.

4. Taco dan quesadilla lambang cita rasa Mexico

Di Mexico, penyokong lebih gemar menikmati hidangan tempatan seperti taco, quesadilla dan jagung bakar sebelum memasuki stadium. Menu ini menjadi antara pilihan utama sepanjang Piala Dunia.

5. Datang seawal pagi demi lokasi terbaik

Penyokong tegar sanggup tiba beberapa jam lebih awal, malah ada datang sejak waktu pagi untuk mendapatkan ruang parkir strategik serta menyediakan hidangan secara santai sebelum orang ramai memenuhi kawasan stadium.

6. Tarikan baharu buat pelancong antarabangsa

Penganjur pelancongan sukan menjangkakan budaya tailgate akan menjadi antara pengalaman dicari pelawat luar negara kerana ia memberi peluang merasai sendiri budaya penyokong Amerika Utara.

Budaya 'tailgate' menyaksikan ribuan penyokong berkumpul menikmati BBQ

7. Berbeza dengan budaya penyokong di Malaysia

Di Malaysia, kebanyakan penyokong lazimnya makan di restoran berhampiran atau terus memasuki stadium sebelum perlawanan bermula.

Sebaliknya di Amerika Utara, kawasan parkir bertukar menjadi lokasi pesta makanan, muzik dan aktiviti sosial yang berlangsung selama beberapa jam.

Tradisi itu dijangka menjadi antara pengalaman paling diingati sepanjang kempen Piala Dunia FIFA 2026.

 

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Dunia

Letak katak petua elak susu cepat basi, amalan orang lama sebelum ada peti sejuk

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Sardin Norway buat ramai berubah selera, sekali cuba terus tinggalkan ikan biasa

Terhangat