info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Dunia

Oseng mercon dari Indonesia terpedas di Asia Tenggara! 2 sajian Malaysia turut tersenarai

Lead Image

HIDANGAN tradisional Indonesia, oseng mercon berjaya menduduki tempat pertama sebagai makanan terpedas di Asia Tenggara menerusi senarai yang dikeluarkan Seasia Stats.

Dengan tahap kepedasan yang dianggarkan mencecah 65,000 unit Scoville (SHU), hidangan itu mengatasi beberapa makanan pedas popular dari negara lain di rantau ini.

Seasia Stats menyenaraikan 10 makanan terpedas dari lapan negara di Asia Tenggara berdasarkan anggaran tahap kepedasan masing-masing.

Oseng mercon menduduki tangga pertama dengan 65,000 SHU, diikuti gaeng tai pla dari Thailand dengan 60,000 SHU.

Sementara itu, khua kling juga dari Thailand berada di tempat ketiga, manakala nasi tempong dari Bali menduduki tempat keempat dengan 50,000 SHU.

Oseng Mercon dari Indonesia dinobatkan sebagai makanan terpedas di Asia Tenggara.

Bagi yang belum mengenali hidangan ini, oseng mercon merupakan makanan tradisional Yogyakarta yang menggunakan pelbagai bahagian lembu seperti urat keting, lemak, kulit dan kaki.

Kesemua bahan tersebut ditumis bersama cili padi dalam jumlah yang banyak sehingga menghasilkan rasa pedas yang cukup menyengat.

Nama 'mercon' pula membawa maksud mercun merujuk kepada sensasi kepedasan yang seolah-olah meletup di dalam mulut ketika hidangan itu dinikmati.

Selain hidangan dari Indonesia dan Thailand, Malaysia juga tidak ketinggalan apabila dua makanan tempatan turut tersenarai. 

MENARIK DIBACA: Chef Fikree kongsi rahsia bihun goreng sedap... Gaul 'tepi' dulu, baru goreng atas api

MENARIK DIBACA:Buah tanpa biji dikaitkan dengan GMO, tiada khasiat... Ketahui fakta ini!

Antaranya, masak lemak cili api yang menduduki tempat ketujuh. 

Hidangan tradisional yang cukup sinonim dengan Negeri Sembilan itu terkenal dengan kuah berlemak hasil gabungan santan dan cili padi ditumbuk lumat.

Lazimnya dimasak bersama ayam, daging atau ikan, hidangan ini mempunyai keseimbangan rasa lemak, pedas dan sedikit masam bergantung pada bahan yang digunakan. 

Masak lemak cili api terkenal dengan gabungan rasa lemak dan kepedasan cili padi.

Penggunaan cili padi dalam jumlah tertentu memberikan rasa pedas yang berpanjangan meskipun digemari kerana keunikan aromanya.

Sementara itu, sambal udang petai yang dikaitkan dengan Malaysia dan Singapura pula menduduki tempat kesembilan.

Hidangan ini menggabungkan udang segar dengan petai yang mempunyai aroma tersendiri sebelum dimasak bersama sambal berasaskan cili.

Gabungan rasa pedas, manis dan sedikit masam menjadikan sambal udang petai antara hidangan kegemaran ramai khususnya sebagai pelengkap nasi putih.

Berikut senarai penuh 10 makanan terpedas di Asia Tenggara pilihan Seasia Stats:

1. Oseng mercon – Indonesia

2. Gaeng tai pla – Thailand

3. Khua kling – Thailand

4. Nasi tempong – Indonesia

5. Bicol express – Filipina

6. Som tum lao – Laos/Isan, Thailand

7. Masak lemak cili api – Malaysia

8. Ngapi yay & chilies – Myanmar

9. Sambal udang petai – Malaysia/Singapura

10. Bún bò huế – Vietnam

Info tambahan tahap kepedasan cili

  • Lada benggala – 0 unit (tidak pedas)
  • Cili jalapeño – 2,500 hingga 8,000 unit
  • Cili padi – 50,000 hingga 100,000 unit
  • Cili habanero – 100,000 hingga 350,000 unit
  • Cili carolina reaper – 1.5 juta hingga 2.2 juta unit

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Dunia

10 jenis bunga boleh dimakan! Cantik di mata, enak di mulut

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Momen

Spritzer raih pengiktirafan tahun ke-12 berturut-turut di World Branding Awards

Terhangat