Wanita kongsi perubahan positif pada 'miss V' dan kulit lepas minum jus kranberi
NAK jaga kesihatan dan kebersihan bahagian privasi wanita bukan sekadar bergantung pada produk pencuci atau penjagaan dari luaran sahaja.
Sebenarnya, apa yang diambil dalam pemakanan harian juga memainkan peranan besar.
Minuman dan buah-buahan seperti jus kranberi boleh menjadi salah satu pilihan untuk menyokong kesihatan dalaman wanita.
Buah kecil berwarna merah ini bukan sahaja terkenal dengan rasanya yang masam-masam manis, malah turut dikaitkan dengan manfaat untuk kesihatan saluran kencing.
Menariknya, ada yang tampil berkongsi pengalaman melihat perubahan positif di bahagian kulit selepas mengamalkannya secara konsisten.
Di Threads, seorang wanita berkongsi amalan minum jus kranberi yang didakwa bukan sahaja memberikan manfaat kepada kesihatan bahagian intim malah turut membantu menjaga kulit.

"Patutlah doktor sarankan minum cranberry juice! Rupanya bukan setakat bagus untuk vaginal health tapi boleh bantu kulit yang ada masalah jerawat, pori tersumbat, hyperpigmentation dan kulit kering juga.
"Tapi make sure pilih yang unsweetened dan 100 peratus pure cranberry juice tau. Jangan tersalah beli yang ada gula tambahan pula. Jap saya tunjuk yang mana satu saya recommend!," tulisnya.
Kongsinya lagi, jus kranberi turut mempunyai sebatian semula jadi yang dikaitkan dengan penjagaan kesihatan bahagian intim wanita.
MENARIK DIBACA: 18 tahun simpan jem arwah ibu, biskut gigitan terakhir antara sajian nostalgia dalam peti sejuk
MENARIK DIBACA: 'Wedges' kentang guna 'air fryer', cecah sos yogurt 'homemade' janjikan nikmat setiap gigitan
"Memang ada kajian tentang cranberry juice yang bagus untuk kesihatan vaginal! Dalam cranberry ni ada natural compounds yang membantu seimbangkan balik pH dan cegah kencing kotor.
"Lepas dah konsisten minum, keputihan pun kembali normal dan tak ada bau miss V. Kulit pun makin glowing. Boleh minum terus atau dilute dengan air kalau nak kurangkan rasa masam! Boleh minum dua kali sehari tapi kalau awak ada gastrik, minum lepas makan tau," kongsinya lagi.
Menurut HelloSehat, berikut lima manfaat kranberi yang dikaitkan dengan kesihatan wanita.

1. Membantu cegah jangkitan saluran kencing
Kranberi mengandungi bahan semula jadi yang membantu menghalang bakteria E. coli daripada melekat pada dinding saluran kencing.
2. Menyokong keseimbangan pH faraj
Kranberi mengandungi antioksidan yang membantu menyokong kesihatan tubuh serta melindungi sel daripada kerosakan.
3. Membantu mengurangkan bau tidak menyenangkan
Pengambilan jus ini dikaitkan dengan penjagaan kesihatan kawasan intim wanita dan keseimbangan bakteria baik dalam badan.
4. Menjaga kesihatan sel faraj
Buah ini mengandungi vitamin C dan E yang bertindak sebagai antioksidan untuk membantu melindungi sel daripada kerosakan.
5. Menyokong kesihatan reproduktif wanita
Kandungan antioksidan dalam kranberi turut membantu melindungi tubuh daripada tekanan oksidatif serta menyokong kesihatan tubuh secara keseluruhan.