Fama tetapkan harga 'runtuh' durian kampung, paling rendah RM2.70 sekilogram
LEMBAGA Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) menggerakkan Pelan Pemasaran dan Intervensi Buah-buahan Bermusim Tahun 2026 bagi memastikan hasil pengeluaran durian tempatan dipasarkan secara terancang sepanjang musim puncak yang dijangka berlaku dari Jun hingga Ogos 2026.
Peningkatan pengeluaran pada 2026 dijangka memberi tekanan kepada harga di peringkat ladang sekiranya langkah intervensi tidak dilaksanakan secara proaktif.
Situasi ini berlaku disebabkan berlakunyapengeluaran serentak hampir di semua negeri sepanjang musim puncak dengan peningkatan hasil disebabkancuaca yang baik.

Timbalan Ketua Pengarah (Sekuriti Makanan & Operasi) Fama, Faisal Iswardi Ismail berkata,di peringkat ladang harga durian kampung ketika ini jatuh menjunam antara RM1 hingga RM4 sekilogram bergantung kepada lokasi dan kuantiti bekalan.
"Hasil pemantauan Famamendapati harga purata durian kampung di peringkat ladang berada pada kadar antara RM2 sekilogram hingga RM3 sekilogram di Perak.
"Manakala, di Terengganu pula harganya sekitar RM3 sekilogram dan harga bergantung kepada lokasi dan kuantiti bekalan," katanyaketika Program Sesi Libat Urus Bersama Pengamal Media Berkaitan Pemasaran Durian, di Ibu Pejabat Fama, Bandar Baru Selayang, Rabu.
Justeru katanya, Fama menetapkan mekanisme harga lantai RM2.70 sekilogram untuk durian kampung menerusi program kontrak pemasaran (forward agreement) bagi mengurangkan risiko kerugian pekebun apabila harga pasaran jatuh di bawah paras berkenaan.
Selain itu, katanya, penurunan harga ketara turut direkodkan untuk durian jenis premium seperti Musang King dan Black Thorn.
Beliau memberi contoh harga runcit Musang King biasanya sekitar RM45 hingga RM60 sekilogram mengikut gred.
"Ketika lawatan ke Bentong baru-baru ini, saya menemui Musang King dijual serendah RM5 sekilogram," katanya sambil menambah setakat ini tiada harga lantai ditetapkan untuk durian premium.
MENARIK DIBACA:[V] Tokti penggemar ikan sungai, malu-malu mengaku handal masak patin tempoyak - "Level kepakaran 9 per 10"
MENARIK DIBACA:Pertama kali 'dating', pemuda geram kenalan wanita 'order' macam-macam! Anggap tiada 'common sense'
Faisal Iswardi berkata bagi menangani peningkatan bekalan semasa musim puncak sehingga berlakunya lambakan, Famamelaksanakan tiga strategi utama.
"Pertama, memperluaskan saluran pemasaran melalui 91 lokasi jualan buah-buahan bermusim di seluruh negara sebagai saluran jualan terus dari ladang serta mewujudkan 60 Pusat Belian Sementara (PBS) dikendalikan oleh Famadan usahawan bimbingan.

"Pada masa ini, PBS ini memberi manfaat kepada 71 orang petani," katanya lagi.
Tambahnya lagi, strategi kedua Fama ialahmenggerakkan 42 Pusat Operasi (PO)untuk melaksanakan intervensi khidmat pemasaran bagi membantu petani berdepan cabaran memasarkan hasil pengeluaran mereka.
Katanya, strategi ketiga memanfaatkan kapasiti 14 Pusat Memproses Buah Fama(PMBF) bagi menyerap lebihan bekalan melalui aktiviti pemprosesan kepada produk separa siap seperti pes durian.
"Sehingga kini, sebanyak 25,760 kilogram buah-buahan diproses melalui kemudahan tersebut," kongsinya.