info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Momen

Bajet 2027: Rakyat boleh beli barang basah di pasar tani, 10,000 kedai runcit guna wang SARA

Lead Image

KERAJAAN terus komited menjaga kebajikan rakyat menerusi peningkatan peruntukan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada RM16 bilion.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2027 pada Jumaat.

Antara inisiatif utama yang diumumkan ialah bantuan STR sehingga RM150 sebulan atau RM1,800 setahun kepada sembilan juta penerima.

Selain itu, rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas turut menerima bantuan SARA Untuk Semua sebanyak RM100 sebanyak dua kali, iaitu menjelang Aidilfitri dan ambang Hari Kebangsaan.

Inisiatif ini dijangka memberi manfaat kepada 13 juta rakyat Malaysia, termasuk golongan M40.

Bagi memperluas akses kepada barangan keperluan harian, kerajaan turut membenarkan penggunaan wang bantuan SARA untuk membeli barangan basah dan segar di 21 pasar tani atau tamu kendalian Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) di seluruh negara.

Ketika ini, terdapat kira-kira 15,000 premis rakan niaga SARA, termasuk 6,800 kedai runcit kecil dan koperasi.

Jumlah kedai runcit kecil yang terlibat juga akan ditingkatkan kepada 10,000 premis bagi memudahkan lebih ramai penerima memanfaatkan bantuan berkenaan.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Momen

Lebih banyak Jualan Rahmah Madani pada 2027, rakyat nikmati hasil pertanian segar 30 peratus lebih murah

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Kecoh jenama popular Malaysia didakwa asal dari Indonesia, Adabi beri penjelasan

Terhangat