KUALI | Nutrisi

Wajah nampak tua berbanding usia sebenar, pengambilan 6 makanan ini jadi puncanya

Lead Image

TAHUKAH anda bahawa pemilihan makanan harian memainkan peranan penting dalam menentukan kesihatan kulit dan penampilan wajah?

Ramai tidak sedar tabiat pemakanan harian bukan sahaja mempengaruhi tahap tenaga dan kesihatan dalaman tetapi memberi kesan langsung kepada kulit.

Wajah tampak letih, tidak berseri atau kelihatan lebih tua dari usia sebenar? Adakah anda tergolong dalam kategori ini?

Kolagen penting untuk mengekalkan kelembapan, keanjalan dan ketegangan kulit.

Jika ya, mungkin sudah tiba masanya anda menilai semula tabiat pemakanan dan memberi perhatian kepada kesihatan kulit dari dalam kerana kecantikan sebenar bermula daripada apa anda makan.

Terdapat beberapa jenis makanan yang boleh mempercepatkan proses penuaan jika diambil secara berlebihan.

Berikut ialah lima makanan yang patut dikurangkan jika anda mahu kekal kelihatan muda.

MENARIK DIBACA: Roti ‘expired’ jangan dibuang, penyelamat serap bau busuk peti sejuk

MENARIK DIBACA: Garam dan asam jawa bukan sahaja hilangkan bau hanyir, buat ikan atau daging tahan lebih lama

Pengambilan gula berlebihan boleh merosakkan kolagen dan elastin kulit.

1. Gula

Makanan manis seperti kek, gula-gula dan minuman bergas boleh merosakkan kolagen dan elastin iaitu dua protein penting untuk kulit kekal tegang dan anjal.

Elastin membolehkan tisu meregang dan kembali ke bentuk asal, manakala kolagen memberikan sokongan struktur.

Jika pengambila gula diambil secara berlebihan kulit akan menjadi kendur dan cepat berkedut.

Burger mengandungi lemak tepu dan minyak teroksida yang sangat tinggi.

2. Makanan segera

Hidangan seperti burger, kentang goreng dan ayam goreng mengandungi lemak tepu dan minyak teroksida yang sangat tinggi.

Ini boleh menyebabkan keradangan dalam badan yang boleh mempercepatkan proses penuaan kulit.

 Sosej yang diproses mengandungi bahan pengawet dan garam yang tinggi.

3. Daging proses

Makanan seperti sosej, nuget dan daging dalam tin mengandungi bahan pengawet dan garam yang tinggi.

Kandungan ini boleh merosakkan kolagen serta menjadikan kulit kelihatan kusam dan cepat tua.

Sebaiknya elakkan mengambil makanan segera yang mengandungi garam tinggi.

4. Makanan tinggi garam

Pengambilan keropok, mi segera dan makanan dalam tin boleh menyebabkan pengekalan air dalam badan mengakibatkan wajah kelihatan bengkak dan tidak segar.

Garam berlebihan juga menyumbang kepada tekanan darah tinggi dan kesihatan kulit yang merosot.

MInuman kopi berlebihan boleh menyebabkan kulit menjadi kering kerana kurangnya air kosong.

5. Minuman berkafein berlebihan

Pengambilan kopi, teh hitam atau minuman tenaga secara berlebihan tanpa disertakan air kosong yang mencukupi boleh menyebabkan dehidrasi.

Akibatnya kulit menjadi kering dan kurang kelembapan lalu akan tampak lebih tua dan kusam.

Minyak yang dipakai berulang kali boleh menghasilkan radikal bebas yang boleh merosakkan sel kulit.

6. Ulang pakai minyak goreng

Minyak yang digunakan berulang kali untuk menggoreng makanan boleh menghasilkan radikal bebas yang boleh merosakkan sel kulit dan mempercepatkan proses penuaan.

Setiap kali minyak dipanaskan untuk menggoreng terutama pada suhu tinggi, struktur kimianya akan berubah.

Minyak akan teroksidasi ini bermaksud minyak bereaksi dengan oksigen di udara dan menghasilkan bahan baru tidak stabil.

 

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Nutrisi

Cuka epal ubat mujarab atasi kelemumur, rahsia rambut lebat berkilat

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Nutrisi

Kulit nanas banyak manfaat untuk kecantikan, boleh dijadikan pelembap dan mampu kurangkan jerawat

Terhangat