Ramai terhibur lihat lelaki 'angkuh' minum Americano tanpa gula, rasa diri cukup matang
KOPI bukan lagi sekadar minuman untuk beri tenaga atau hilangkan rasa mengantuk, sebaliknya kini sudah membentuk satu ‘budaya’ dalam kalangan penggemarnya.
Bukan setakat minum setiap hari, mereka juga berani mencuba pelbagai jenis minuman kopi dan cukup arif mengenai perbezaan rasa antara setiap pilihan yang ada.
Di laman Threads tular kisah seorang lelaki yang berseloroh dengan mengakui dirinya kini semakin ‘sombong’ selepas mula minum Americano tanpa gula,

“Sejak aku minum Americano 'no sugar' ni, aku semakin memandang rendah kepada orang lain,” katanya, bergurau.
Bagi yang tidak tahu, Americano merupakan minuman kopi yang dihasilkan daripada espresso dicampur air panas dengan pilihan meletakkan gula atau tidak.
Rasanya yang pahit, ringan dan ringkas jelas berbeza dengan espresso dicampur susu (latte) yang lebih berlemak dan sedikit manis.
MENARIK DIBACA: Mudah je buat kopi ais ala Rembayung, nikmat sukar diungkap dengan kata-kata
MENARIK DIBACA: Membanggakan! Dua kedai kopi Malaysia masuk 'ranking' World's 100 Best Coffee Shops
Walaupun kenyataan tersebut hanyalah gurauan, ia ternyata mencuit hati ramai wargamaya yang turut berkongsi pandangan masing-masing di ruangan komen.
Ada yang bersetuju bahawa trend minum kopi hitam tanpa gula sering dikaitkan dengan tahap kematangan seseorang.
Malah, segelintir netizen turut mengaitkan pilihan minuman yang lebih ‘simple’ itu sebagai simbol status sosial dan kewangan yang lebih stabil.

“Sign (tanda) semakin strong (kukuh), semakin matang, semakin bijak. Nak memandang tu pun dah tak ada rasa, macam malas nak ambil port pasal orang lain.
“Sebagai barista, apa saya boleh cakap… welcome to adulthood, atau lebih sesuai ‘tua-hood’.”
“Kalau orang tanya apa titik tertinggi aku, aku jawab minum Americano 'no sugar' dengan muka dongak langit,” antara komen netizen.