info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

Terima notis KKM, Restoran Ikea Cheras ditutup sementara untuk jalankan kerja penyelenggaraan

Lead Image

TULAR di media sosial notis oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan sebuah premis restoran Ikea ditutup sementara bermula 17 Jun 2026 sehingga 1 Julai 2026.

Susulan notis bertarikh 17 Jun 2026 tersebut, Ikea Malaysia melalui pengumuman yang dikeluarkan di media sosial rasmi memaklumkan penutupan sementara Restoran Sweden Ikea cawangan Cheras, Kuala Lumpur itu bertujuan untuk membolehkan kerja-kerja penyelenggaraan dijalankan secara menyeluruh.

Selain Cheras, Ikea Malaysia turut mempunyai tiga lagi cawangan iaitu di Damansara, Tebaru dan Batu Kawan.

"Kami memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku. 

"Restoran Sweden Ikea Cheras ditutup sementara bermula 17 Jun 2026 bagi membolehkan kerja-kerja penyelenggaraan dijalankan untuk memastikan kami terus memenuhi piawaian kebersihan tinggi yang ditetapkan oleh Ikea serta pihak berkuasa kesihatan Malaysia," demikian kenyataan rasmi yang dikeluarkan pada Rabu.

Bagaimanapun, Ikea Malaysia memaklumkan penutupan sementara Restoran Sweden Ikea Cheras tidak menjejaskan operasi Ikea Cafe dan Bistro yang beroperasi seperti biasa.

MENARIK DIBACA: Karipap Ikea bukan snek biasa-biasa, catat sejarah dalam MBOR

MENARIK DIBACA: Banyak betul manfaat barli, paling penting boleh turunkan berat badan

Sebagai alternatif untuk pelanggan, Ikea Malaysia memaklumkan orang ramai masih boleh menikmati menu kegemaran mereka di cawangan-cawangan Ikea lain seperti di Ikea Damansara, Ikea Tebrau di Johor dan Ikea Batu Kawan, Pulau Pinang.

"Terima kasih atas kefahaman dan kesabaran anda sepanjang kami menjalankan usaha ini. 

Antara menu popular di Ikea adalah Swedish Meatballs dan Baked salmon fillet.

"Kami berharap dapat mengalu-alukan kedatangan anda semula tidak lama lagi," menurut kenyataan Ikea Malaysia lagi.

Pada 9 Mei lalu, Ikea yang popular dengan hidangan ikonik Swedish Meatballs (bebola daging Sweden) menerima pengiktirafan dari The Malaysia Book of Records (MBOR) untuk 'Jualan Karipap Terbanyak dalam Setahun' selepas mencatatkan jualan luar biasa iaitu 8.6 juta biji karipap di seluruh negara.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Dakwaan tikus dalam laksa, pemilik warung buat laporan polis pertahankan perniagaan

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Dunia

Letak katak petua elak susu cepat basi, amalan orang lama sebelum ada peti sejuk

Terhangat