info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

Bergurau ke perli? Pelanggan terkejut buka bungkusan burger lepas minta salad lebih

Lead Image

SIAPA sangka niat seorang wanita untuk menikmati burger dengan sayur banyak daripada biasa bertukar menjadi momen lucu.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Threads, Aydashan_ berkongsi pengalaman selepas membuat pesanan burger di sebuah restoran makanan segera dengan meninggalkan nota ringkas meminta supaya diberikan lebih salad.

Bagaimanapun dia tidak menyangka burger yang diterima mempunyai salad dalam jumlah yang luar biasa banyak.

Seorang pengguna lain berkongsi 'extra cili' yang diterima ketika memesan ayam gunting.

"Wei! Muka aku ada iras-iras lembu ke?" ujar wanita tersebut.

Menerusi perkongsiannya yang tular di media sosial, kelihatan burger yang dipesan dilimpahi dengan salad sehingga mengundang pelbagai reaksi netizen. 

Situasi tersebut bukan sahaja mengundang rasa lucu, malah menjadi bukti bahawa kadangkala permintaan yang nampak ringkas boleh menghasilkan kejutan tidak disangka-sangka.

MENARIK DIBACA: Kecewa bihun sup campur 'rupa' tak semenggah - "Pergi festival makanan kena belajar reda"

MENARIK DIBACA: [V] Iman Troye tak setuju Gen-Z tak pandai masak, cuma tahu 'order' makanan online

Di ruangan komen, netizen lain turut berkongsi pernah berdepan pengalaman serupa apabila pesanan 'extra' yang diminta diberi dalam kuantiti tidak dijangka.

Dalam salah satu komen yang ditinggalkan pada hantarannya, seorang individu berkongsi gambar limpahan kuah paprik bercili gara-gara permintaan 'extra pedas'.

"Minta buat pedas-pedas dia perli aku ke apa? Tak boleh nak makan langsung!

Antara momen lucu lain tentang permintaan 'extra' yang dikongsikan netizen.

Seorang netizen pula berkongsi pengalaman memesan ayam gunting dengan permintaan 'pedas extravaganza'.

"Minta ayam gunting level extravaganza pedas. Sekali dia tabur satu bekas serbuk cili," katanya.

"Bila minta kuah kacang 'extra', perlu ke mengamuk ni? Tapi I like bila nasi ditenggelami kuah kacang gajus," kongsi seorang pelanggan ayam gepuk.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Dunia

Sana sini burger, 'fries'! Tak seperti di Qatar, inisiatif makanan sihat tak diteruskan di Piala Dunia 2026

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Ramai hilang selera tengok nasi putih gaul isi durian, hanya mereka pernah makan tahu nikmatnya!

Terhangat