info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

Ramai hilang selera tengok nasi putih gaul isi durian, hanya mereka pernah makan tahu nikmatnya!

Lead Image

MEMBESAR pada era 80-an dan 90-an sememangnya menyimpan pelbagai memori manis, termasuklah berkaitan makanan tradisional. 

Satu video pendek dikongsi oleh seorang individu dikenali sebagai ALIP mencuri perhatian apabila memaparkan seorang lelaki berusia menggaul dan meramas-ramas isi durian bersama nasi putih.

Dua anak muda duduk di tepinya pula menunjukkan reaksi wajah kurang selesa terhadap lelaki tua itu.

Walaupun kelihatan luar biasa bagi generasi muda zaman sekarang, rakaman itu mengundang ribuan komen netizen yang mengakui ia mengembalikan nostalgia zaman kanak-kanak mereka.

Gabungan nasi putih panas bersama isi durian mungkin kedengaran pelik.

Ada yang menganggap hidangan itu sebagai 'comfort food' sukar dilupakan, malah berkongsi kenangan disuap ibu atau nenek ketika kecil.

Tak kurang juga yang mengakui sehingga kini masih menikmati hidangan tersebut setiap kali tibanya musim durian.

"Saya lahir 90-an ni mcm ni la arwah mak gaul suap kami adik beradik. Budak sekarang akan cakap nak muntah.

"Arwah ayah saya begini la makan pulut durian.

MENARIK DIBACA: Bukan sekadar makan, pelanggan Rembayung dapat poskad eksklusif karya artis tempatan

MENARIK DIBACA: Viral sebab tubuh sado, rupanya buah RM2 sebiji tarikan utama Durian Papa Muda

"Ni cara orang lama makan pulut durian, orang sekarang makan pulut cubit-cubit je durian," antara komen netizen.

Bagi sesetengah warganet, melihat gabungan nasi dan isi durian dianggap sebagai tak masuk akal, malah dirasakan jijik apabila ia diramas-ramas.

"Cara makan durian jijik.

"Kalau gaul macam tu memang saya juga tak lalu. Sebab kita makan ramas sebati saja," antara pandangan netizen. 

Bagi yang asing melihat cara makan sebegini, nasi durian sebenarnya bukanlah resipi baharu atau sekadar trend tular tetapi menjadi amalan masyarakat Melayu sejak dahulu lagi. 

Kini, kebanyakan orang lebih memilih makan durian bersama pulut yang ditanak dengan santan atau dijadikan serawa untuk mendapatkan lebih kuah.

Komen netizen.

Berikut sedikit perkongsian mengenai hidangan klasik itu: 

  • Nasi durian menggambarkan gaya hidup masyarakat terdahulu menghargai setiap hasil alam.
  • Gabungan nasi dan durian menjadi pilihan masyarakat kerana mengenyangkan malah menjimatkan. 
  • Dari segi rasa, isi durian lembut dan berlemak bertindak seperti kuah semula jadi menyelaputi setiap butir nasi. 
  • Ada juga yang menambah sedikit santan, gula atau secubit garam mengikut cita rasa masing-masing. 
  • Walaupun kedengaran asing bagi generasi hari ini, hidangan tersebut menjadi sebahagian daripada identiti budaya makanan tempatan yang masih diamalkan oleh segelintir masyarakat terutamanya di Perak sehingga kini.

 

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Bergurau ke perli? Pelanggan terkejut buka bungkusan burger lepas minta salad lebih

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Kecewa bihun sup campur 'rupa' tak semenggah - "Pergi festival makanan kena belajar reda"

Terhangat