Kecewa bihun sup campur 'rupa' tak semenggah - "Pergi festival makanan kena belajar reda"
SIAPA tak sakit hati bila makanan yang dibeli padaharga boleh tahan mahal tidak setimpal dengan nilai yang dibayar.
Situasi inilah yang dialami seorang wanita yang berasa kecewa dengan bihun sup yang dibeli suaminya di sebuah acara festival makanan.
Menerusi hantaran yang dikongsikan di Threads, wanita tersebut terkilan apabila mendapati bihun sup campur tersebut didakwa mengandungi terlalu banyak lemak, berbanding bahagian daginglain.

Lebih membuatkan wanita itu sedih apabila suaminya bersungguh-sungguhmahu ke festival makanan itu untuk membeli bihun sup campurselepas mendapat gaji.
"Ceritanyamacam ni, semalam suami aku baru gaji. Dia bersungguh-sungguh ajak pergi ke festival makanan.
"Dia minta aku tunggu dalam kereta dengan anak-anak biar dia pergi.
"Lepas balik rumah, aku tak sempat nak makan bihun sup dia beli, jadi aku simpan dalam peti sejuk dan panaskan waktu pagi untuk jadikan sarapan kononnya," dia memulakan cerita.
MENARIK DIBACA:Buat masak lemak cili api letak kayu manis, bunga lawang... Wanita 'angin' resepi dikritik mentua
MENARIK DIBACA:Mantap cendawan goreng petai, aromanya buat perut kenyang jadi lapar
Dakwa wanita tersebut, selepas bihun sup itu dipanaskan keesokan hari, dia mendapati terdapat banyak lemak yang timbul dalam kuah.
Dia berasa hairan kerana suami sepatutnyamembeli bihun sup campur yang menjadi kegemarannya.
“Bila dah panaskan, banyak yang timbul rupanya lemak. Saya terus tanya suami, ini bihun campur ke?
“Saya tak tahu sama ada dah lama tak makan bihun campur atau memang sekarang macam ni. Bukankah bihun campur biasanya ada pelbagai bahagian daging? Kenapa saya dapat banyak lemak? RM15 kot,” luahnya.
Wanita itu berkata, kesedihannya bukan semata-mata kerana makanan tersebut tidak menepati jangkaan tetapi juga kerana dibeli menggunakan wang hasil titik peluh suami yang mahu menggembirakan dirinya.

“Sesungguhnya saya kecewa dan sedih sebab pakai duit suami saya. Suami belikan bihun sup ini sebab ia makanan kegemaran isteri dia, tapi tak sangka pula bihun sup campur ini isinya lemak,” katanya.
Perkongsian tersebut meraih perhatian ramai netizen yang turut berkongsi pengalaman masing-masing mengenai hidangan bihun sup campur yang dijual di sesetengah premis makanan.
Ada yang berpendapat lemak sememangnya antara bahan yang sering dimasukkan dalam bihun sup campur, namun jumlahnya perlu seimbang dengan daging, perut, limpa atau bahagian lain bagi memenuhi maksud 'mix'.
Tidak kurang juga yang bersimpati dengan wanita berkenaan dan beranggapan harga RM15 sepatutnya membolehkan dirinya mendapathidangan yang lebih berbaloi serta mempunyai campuran isi yangpelbagai.
Kenapa saya dapat banyak lemak? RM15 kot
PEMBELI
"Festival makanan begitulah awak. Saya dah merajuk nak pergi tempat macam tu. Baik pergi kedai biasa je.
"Sebab tu suami saya tak nak pergi festival makanan. Tambah-tambah kalau yang dah banyak hari berlangsung. Silap-silap sup atau kuah yang dijual tu mereka panaskan yang tak habis kelmarin, jual dengan harga mahal.
"Kalau pergi festival makanan, kadang-kadang kena belajar reda. Masing-masing berniaga macam nak untuk hari tu je," luah beberapa netizen.