info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

Peniaga 'tarik' satu bahan penting, terus hilang nikmat nasi lemak - "Jangan normalisasikan tak ada telur"

Lead Image

BAGI rakyat Malaysia, nasi lemak bukan sekadar sarapan biasa sebaliknya dianggap menu ikonik yang mempunyai ‘pakej lengkap’ tersendiri.

Seorang wanita meluahkan rasa kecewa di media sosial selepas membeli nasi lemak biasa tetapi dihidangkan tanpa telur.

Menurut wanita itu, dia berpendapat telur adalah bahan 'wajib' dan penting yang melengkapkan hidangan nasi lemak, justeru amat tidak wajar jika nasi lemak biasa dijual tanpa telur.

Pelanggan tersebut terpaksa menggoreng sendiri telur di rumah.

"Aku nak nasi lemak biasa. Dia bagi tak ada telur. Tak apa, balik rumah aku goreng. Tapi janganlah normalisasikan nasi lemak tak ada telur.

"Telur tu macam melengkapkan tau. Buat telur dadar lepas tu potong-potong pun boleh. Kalau nak caj tambahan pun caj la siap-siap telur tu. Barulah nasi lemak biasa.

"Tak biasa saya makan nasi lemak tak ada telur kak. Rasa kosong," tulisnya, kesal.

MENARIK DIBACA: Goreng garing, warna keemasan... Terliur tengok hasil air tangan Tokti! Ini fakta menarik ikan lais

MENARIK DIBACA: Guru otak bisnes! Selamba 'angkut' 100kg Musang King dari Kelantan ke KL guna Volkswagen Beetle

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya bersetuju bahawa telur merupakan bahan yang tidak patut dipisahkan daripada nasi lemak.

"Itulah, apa maksud mereka makan nasi lemak hanya dengan nasi dan sambal?

"Saya pun geram bila beli nasi lemak tak ada telur. Macam melampau sangat.

"Sepatutnya telur itu asas perlu ada dalam nasi lemak. Walaupun nasi lemak ayam, telur potong tetap kena ada," beberapa netizen memberikan pandangan.

Nasi lemak asas sepatutnya perlu ada telur walaupun separuh.

Untuk info, nasi lemak merupakan hidangan kegemaran rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan peringkat umur. 

Juadah yang pada asalnya dimakan oleh golongan petani itu terdiri daripada nasi yang dimasak dengan santan dan daun pandan yang dihidangkan bersama sambal, ikan bilis goreng, kacang tanah, telur rebus dan timun. 

Boleh dikatakan satu pinggan hidangan istimewa ini membekalkan tenaga yang lengkap untuk manusia.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Momen

Belanja keluarga makan, masak 'special' pada Hari Asyura ada ganjaran menanti - Ustaz Wadi Annuar

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Ramai Gen Z didakwa nampak tua sebelum usia... Tabiat pemakanan, sikap FOMO dikatakan jadi punca

Terhangat