Durian dibawa masuk stadium! Pakaian anak Malaysia tonton Piala Dunia 2026 jadi perhatian
KEBIASAANNYA peminat bola sepak memasuki stadium dengan menyarung jersi pasukan kegemaran, tetapi pakaian seorang rakyat Malaysia ketika menonton perlawanan Piala Dunia FIFA 2026 mencuri perhatian.
Tidak membawa sepanduk gergasi, dia sebaliknya tampil dengan bangga membawa identiti negara apabila memakai baju Melayu bersama topi berbentuk durian.
Menerusi perkongsian di Instagram, pempengaruh media sosial yang dikenali sebagai Theimanali memuat naik beberapa foto dirinya berbaju Melayu sambil mengibarkan Jalur Gemilang ketika berada di New York New Jersey Stadium pada 5 Julai lalu.
Dia hadir ke situ untuk menyaksikan perlawanan antara Brazil dan Norway dalam pusingan 16 terbaik.
Menerusi hantaran tersebut, Theimanali meluahkan rasa bangga kerana berpeluang membawa identiti Malaysia ke pentas acara antarabangsa menerusi penampilannya yang unik.

"Aku orang Malaysia pertama yang pakai baju Melayu pergi tengok World Cup 2026, amacam," tulisnya.
Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi positif daripada warga maya yang memuji usahanya memperkenalkan Malaysia dan budayanya kepada masyarakat dunia.
Di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur meihat gelagatnya menggabungkan baju Melayu dan topi durian yang disifatkan cukup kreatif.
Malah ada yang berpendapat penampilan tersebut adalah cara unik untuk mempromosikan identiti negara.
MENARIK DIBACA: Simpan durian 'frozen' dalam bekas banyak kelemahan, teknik balut lebih tahan lama
MENARIK DIBACA: Beli Musang King RM400, dapat isi hancur! Penjual 'refund' RM200 tapi tak ikhlas, mengaku 'tak halalkan'
"Another level nii."
"Uniknya outfit!"
"Weh Malaysia dah ada kat World Cup. Tapi tak main la.
"Dengan duriannya ya Allah. Orang luar tau lah nanti kita ni tengah musim durian."
"Baju Melayu tu tak la... ada orang lain dah buat. Durian tu maybe first time, mantap."
"Durian kampung ke IOI tu," antara komen netizen.